CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5771|Reply: 0

Kedah tak boleh daftar pemain baharu

[Copy link]
Post time 6-4-2024 12:26 PM | Show all posts |Read mode

SKUAD Kedah mengambil beberapa pemain baharu untuk memperkasakan cabaran musim ini. FOTO KDA FC

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak boleh mendaftar pemain baharu sehingga sekatan perpindahan pemain ditarik balik oleh Fifa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam, KDA FC boleh mengambil beberapa pemain baharu musim ini namun tidak dibenarkan untuk mendaftarkan mana-mana pemain dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Katanya, skuad Hijau Kuning itu perlu terlebih dulu menyelesaikan kes tunggakan gaji membabitkan bekas penyerang importnya, Kipre Tchetche yang kini di bawah perhatian Fifa.

"Kedah (KDA FC) boleh beli sebanyak mana pemain yang mereka mahu tapi tidak boleh didaftar sehingga sekatan pendaftaran pemain oleh Fifa ditarik balik.


"Kedah sekarang masih lagi tidak membayar kes membabitkan tuntutan pemain import Kipre. Kita tengok sampai tarikh akhir nanti. Kalau gagal, Kedah hanya bermain dengan pemain yang ada saja (pemain musim lalu)," katanya kepada Arena Metro.

Terdahulu, KDA FC dilihat antara pasukan paling rancak 'membeli-belah' tonggak baharu antaranya Syafiq Ahmad dan Rizal Ghazali serta tiga pemain import iaitu Sony Norde, Sukhrob Nurullaev dan Habib Haroon.

Begitupun semalam, KDA FC menerima tamparan hebat menjelang sepak mula saingan Liga M Mei ini apabila muncul pasukan pertama dipotong mata ekoran kegagalan menjelaskan tunggakan penuh gaji musim lalu.

Keputusan itu diputuskan badan bebas, First Instance Body (FIB) apabila Pengerusinya, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif mengumumkan pemotongan tiga mata dikuatkuasakan serta merta dan denda RM 50,000 ke atas KDA FC.

Katanya, kelab itu didapati gagal membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 yang berakhir pada 30 Mac lalu yang ditetapkan FIB sebelum ini.

KDA FC diberi talian hayat terakhir sehingga 20 April ini untuk menyelesaikan tunggakan gaji itu dan jika masih gagal kelab terbabit berisiko ditarik Lesen Kebangsaan, sekaligus gagal beraksi di Liga Super musim ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aftar-pemain-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 1.153173 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list