CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30135|Reply: 0

[Sarawak] TDM patahkan cubaan seludup rotan kering ke negara jiran

[Copy link]
Post time 14-4-2024 08:27 PM | Show all posts |Read mode


Rotan kering yang telah dirampas oleh TDM semasa melaksanakan penugasan serang dan tangkap ketika cuba diseludup ke negara jiran.

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup rotan kering berjumlah 5,840 kilogram bernilai RM 78,840 ke negara jiran semalam.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat Kem Muara Tuang kelmarin, TDM dalam operasi di Sektor Ops AWAS/KERIS PARANG, Lubok Antu, Sarawak pada 13 April 2024 turut merampas sebuah lori Hino Tipper bernilai RM150,000 dan sebuah Toyota Fortuner bernilai RM55,000.

Kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM283,840, tambah kenyataan itu.

"Pada jam 2.30 pagi, sepasukan anggota tentera yang sedang melaksanakan penugasan serang dan tangkap (SERKAP) di lokasi yang dikenali masyarakat tempatan sebagai ‘Pondok John’ kira-kira 800 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia, telah bertindak menahan sebuah lori bersama enam warga Malaysia lingkungan umur 25 hingga 78 tahun yang mencurigakan.

"Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lubok Antu dan kesemua barangan rampasan telah diserahkan kepada pihak Kastam Negeri Sarawak pada 13 April 2024 untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Tentera Darat akan terus komited memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara daripada sebarang bentuk pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 1.998573 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list