WASHINGTON: Ahli Ekonomi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) hari ini berkata bahawa konflik lebih meluas antara Israel dan Iran berkemungkinan akan menyebabkan harga tenaga lebih tinggi, yang sekali gus menyebabkan bank-bank pusat akan mengetatkan dasar monetari untuk mengawal inflasi, sekali gus menjejaskan pertumbuhan.
Pierre-Olivier Gourinchas dalam satu sidang akhbar berkata bahawa 'senario buruk' dalam Tinjauan Ekonomi Dunia IMF menunjukkan bahawa kenaikan 15 peratus harga minyak global disebabkan konflik Asia Barat yang meluas, selain kos perkapalan lebih tinggi bagi mengelak serangan Laut Merah, berkemungkinan akan meningkatkan inflasi global sebanyak 0.7 mata peratusan.
-Reuters
|