CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2993|Reply: 0

Man. City lancar ‘perang’ habis-habisan

[Copy link]
Post time 17-4-2024 12:56 PM | Show all posts |Read mode

BARISAN pemain City bersemangat tinggi untuk melayan kunjungan Real bagi aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Etihad awal pagi esok. – AFP

MANCHESTER – Manchester City berada pada posisi terbaik ketika ini untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini (UCL) menjelang suku akhir kedua menentang Real Madrid awal pagi esok.

Apa tidaknya, The Citizens memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri apabila kedua-dua pasukan akan turun membuat perhitungan di Stadium Etihad selepas pertemuan pertama di Santiago Bernabeu minggu lalu berkesudahan seri 3-3.

Pengurus City, Pep Guardiola melaungkan amaran bahawa anak-anak buahnya akan memberikan segala-galanya pada perlawanan itu nanti dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan dimenangi sebelum ini.

“Kami akan berdepan satu perlawanan cukup sukar Rabu ini (awal pagi esok) apabila turun menentang Real. Saya tahu ia bukan mudah, tetapi kami mahu cuba melakukannya bersama ­penyokong sendiri.

“Saya fikir Real tahu kami akan memberikan segala-galanya pada perlawanan itu nanti. Saya mahu pemain-pemain City me­lancarkan serangan ke arah pintu gol mereka sejak minit pertama lagi,” katanya.

Bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu menyeru supaya penyokong-penyokong City memenuhi setiap ruang di Etihad bagi menaikkan semangat para pemain The Citizens untuk melangkah ke separuh akhir.

Beliau percaya anak-anak buahnya sudah mula menemui rentak terbaik selepas mem­belasah Luton Town 5-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu bagi meletakkan mereka di kedudukan teratas.

“Saya mahu Etihad dipenuhi dan tidak ada satu ruang kosong pun. Saya mahu Real merasai suasana sebenar gelanggang keramat City selain berharap ia dimanfaatkan sebaiknya untuk kami melangkah ke pusingan ­seterusnya.

“Sebelum ini saya memberikan fokus terhadap aksi menentang Luton dan tidak memikirkan mengenai aksi dengan Real sebagai tanda penghormatan kepada mereka (Luton). Saya lega kerana kami mencatat kemena­ngan besar.

“Sekarang adalah masa sebenar untuk kami mengalihkan sepenuh perhatian ke arah pertemuan menentang Real. Saya akan buat analisis terhadap aksi terdahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” ujar Guardiola. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... rang-habis-habisan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.082927 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list