CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8493|Reply: 0

[Sarawak] Penyertaan dibuka untuk Pertandingan Kumang Gawai Dayak Sibu 2024, 25 Mei

[Copy link]
Post time 18-4-2024 09:00 PM | Show all posts |Read mode


Pertandingan Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 pada 25 Mei ini.

SIBU: Gadis-gadis Dayak yang masih belum berkahwin dan berusia 18 hingga 30 tahun dipelawa untuk menyertai Pertandingan Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 pada 25 Mei ini.

Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu Angelyn Uchi Maseng berkata, selain itu peserta hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki 2 inci untuk melayakkan mereka menyertai pertandingan yang akan diadakan di Tingkat 6, Hotel Kingwood di sini.

"Sejumlah RM14,600 hadiah wang tunai ditawarkan untuk pertandingan kali ini.

"Pertandingan ini adalah acara tumpuan Majlis Makan Malam Sambutan Pra-Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, majlis makan itu adalah anjuran bersama oleh Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu, SIDS Sibu, Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sibu dan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Sibu.

Sementara itu kata Uchi, Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 akan membawa pulang RM4,000 berserta mahkota, selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan, manakala Lulong (naib johan) akan menerima RM3,000 berserta selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.

"Selinggar Matahari (tempat ketiga) akan memenangi RM2,000 berserta selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.

"Pemenang di tempat keempat hingga ke-10 masing-masing akan membawa pulang RM800 dan sijil penyertaan sebagai hadiah sagu hati," katanya.

Beliau memberitahu, yuran penyertaan RM50 dikenakan untuk setiap peserta dan tidak akan dikembalikan sekiranya mana-mana peserta yang sudah mengesahkan penyertaan menarik diri.

"Peserta akan dikehendaki berentap di pusingan saringan sekiranya peserta melebihi 10 orang.

"Tarikh tutup pertandingan adalah pada 15 Mei 2024 jam 5 petang," tambahnya lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut dan borang pertandingan boleh dibuat dengan menghubungi Senorita Salleh di talian 013-8061265 atau Claudia Dieo (014-6526083).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203145 Replies : 4835
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12577 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6278 Replies : 39
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7918 Replies : 2
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7618 Replies : 41
Memperkenalkan......mesin pengesan hujan!!!!
ChairmanMemperkenalkan......mesin pengesan hujan
Views : 10860 Replies : 81
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10710 Replies : 42
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7103 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.069983 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list