CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8505|Reply: 0

[Sarawak] 48 notis kompaun dikeluarkan semasa Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan PPKHT Miri

[Copy link]
Post time 18-4-2024 09:04 PM | Show all posts |Read mode


Pelaksanaan Ops Mega Bersepadu di sekitar Bandaraya Miri terutama di premis-premis makanan pada Selasa dan Rabu.

MIRI: Sejumlah 48 notis kompaun 32B di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 telah dikeluarkan kepada individu dan pemilik premis di sekitar bandar raya ini semasa Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan PPKHT pada Selasa dan Rabu.

Menurut kenyataan media daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, 60 pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari 12 pejabat kesihatan bahagian terlibat menjayakan operasi berkenaan.

“Sepanjang operasi penguatkuasaan tersebut, sebanyak 515 premis-premis telah diperiksa dan dipantau.

“Premis-premis berkenaan meliputi kedai makan, pusat beli-belah, Lapangan Terbang Miri, kawasan hospital, tandas awam, bangunan kerajaan, pusat hentian pengangkutan awam dan sebagainya.

“Nilai kumulatif kompaun yang ditawarkan melalui pelaksanaan operasi mega bersepadu ini adalah sebanyak RM12,750.

"Sebanyak 102 karton rokok pelbagai jenama juga telah dirampas dengan nilai kumulatif pasaran sebanyak RM4,305.50,” jelas kenyataan itu.


Pemeriksaan, penguatkuasaan dan rampasan rokok dilakukan semasa Ops Mega Bersepadu di bandar raya Miri pada Selasa dan Rabu.

Majlis Pelancaran Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan PPKHT 2004 Peringkat Negeri Sarawak telah diwakili Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr P Raviwharmman Packierisamy di Auditorium Audio Visual Pustaka Negeri Sarawak Miri, diikuti sesi pelepasan permulaan penguatkuasaan di pekarangan Pustaka Negeri Sarawak Miri.

Hadir sama ialah Ketua Sektor Inspektorat dan Perundangan KKM Putrajaya Ts. Mohamad Ridzuan Mohamad Salleh.

Mohamad Ridzuan berkata, satu sesi libat urus turut dilaksanakan bersama barisan kepimpinan dan anggota penguat kuasa KKM Sarawak.

“Antara perbincangan yang diadakan ialah cabaran penguatkuasaan yang dihadapi semasa di lapangan, perancangan keupayaan tenaga manusia, peningkatan kuota latihan pasca-asas yang ditawarkan kepada pegawai profesion kesihatan persekitaran yang bertugas di Sarawak, serta menerapkan budaya kerja bersama sebagai satu pasukan dalam kalangan pegawai penguat kuasa KKM di Sarawak,” ujarnya.

Pada sesi terbabit, Mohamad Ridzuan telah menyerahkan sijil dan plak Anugerah Penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam Terbaik Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2023 kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Miri yang telah diterima Dr P Raviwharmman bersama dengan Ketua Sektor Inspektorat dan Perundangan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri Jude Benjamin.

Dalam pada itu, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri menyeru masyarakat terutamanya golongan perokok agar menghormati golongan yang tidak merokok seperti wanita mengandung dan kanak-kanak dengan tidak merokok di tempat larangan merokok dan sentiasa mematuhi peraturan larangan merokok.

“Bagi individu merokok yang ingin mendapatkan bantuan untuk berhenti merokok, mereka disarankan untuk hadir ke klinik kesihatan atau hospital untuk mendapatkan perkhidmatan berhenti merokok, rawatan dan kaunseling yang berkaitan.

“Sekiranya pengguna dan masyarakat awam mempunyai sebarang aduan berkaitan sebarang aktiviti pelanggaran PPKHT 2004 terutama di premis makanan, aduan boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) KKM.

“Pastikan maklumat lengkap diisi dengan butiran penting seperti lokasi, tarikh, masa dan gambar bagi membantu proses tindakan siasatan dan penyampaian maklumat hasil siasatan kepada anda,” tambah kenyataan itu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
resepi Ikan goreng paling anak dan suami suka musim hujan gini.
chaconresepi Ikan goreng paling anak dan suami
Views : 5693 Replies : 5
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 202555 Replies : 4811
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 2036 Replies : 16
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 5041 Replies : 18
Stroller Baby Untuk Travel Mana Yang Terbaik
masterdinStroller Baby Untuk Travel Mana Yang Ter
Views : 3388 Replies : 2
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 4842 Replies : 27
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11757 Replies : 14
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 10028 Replies : 56
Kehebatan marketing
chaconKehebatan marketing
Views : 2908 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24268 Replies : 164

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.057222 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list