CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7551|Reply: 0

[Dunia] AS halang PBB iktiraf negara Palestin melalui keahlian

[Copy link]
Post time 19-4-2024 08:58 AM | Show all posts |Read mode
AS halang PBB iktiraf negara Palestin melalui keahlian

https://www.freemalaysiatoday.co ... n-melalui-keahlian/

Reuters
19 Apr 2024, 08:12 AM


Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour menahan sebak semasa berucap dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB. (Gambar AP/Yuki Iwamura)

Britain dan Switzerland bertindak berkecuali, manakala baki 12 ahli Majlis Keselamatan PBB mengundi menyokong draf resolusi itu.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang PBB mengiktiraf Palestin menjadi ahli penuh badan dunia itu.

Washington memveto draf resolusi yang mengesyorkan 193 anggota Perhimpunan Agung PBB bahawa “Negara Palestin diterima sebagai ahli PBB”, dengan Britain dan Switzerland berkecuali, manakala baki 12 ahli Majlis Keselamatan mengundi menyokong.

“AS terus menyokong kuat penyelesaian dua negara. Undi ini tidak mencerminkan bantahan terhadap kenegaraan Palestin, sebaliknya merupakan pengakuan ia hanya akan datang daripada rundingan terus antara pihak terbabit,” Timbalan Duta AS ke PBB, Robert Wood memberitahu Majlis Keselamatan.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam kenyataan mengecam veto AS “tidak adil, tidak beretika dan tidak wajar”.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour dengan beremosi memberitahu Majlis Keselamatan PBB selepas undian itu: “Hakikat resolusi ini tidak diluluskan tidak akan mematahkan hasrat dan keazaman kami. Kami tidak akan berhenti dalam usaha kami.”

Usaha Palestin menjadi ahli penuh badan dunia itu menyusul enam bulan ketika perang rejim Zionis dan Palestin berterusan di Semenanjung Gaza, dengan Israel memperluaskan penempatan di Tebing Barat yang dianggap PBB sebagai haram.

Menteri Luar Israel, Israel Katz memuji tindakan AS memveto draf resolusi itu.

Berucap kepada 12 ahli Majlis Keselamatan PBB yang mengundi menyokong draf resolusi dikemukakan Algeria itu, Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan berkata: “Sangat menyedihkan kerana undi anda hanya akan memberanikan lagi penolakan Palestin dan menyebabkan keamanan hampir mustahil dicapai.”

Palestin merupakan negara pemerhati bukan ahli, pengiktirafan de facto kenegaraan yang diberikan Perhimpunan Agung PBB pada 2012. Permohonan menjadi ahli penuh badan dunia itu perlu diluluskan Majlis Keselamatan dan sekurang-kurangnya dua pertiga anggota Perhimpunan Agung PBB.

“Kami percaya pengiktirafan kenegaraan Palestin tidak harus berlaku pada permulaan proses baharu, tetapi ia tidak semestinya pada akhir proses. Kita perlu bermula dengan membetulkan krisis semasa di Gaza,” Duta Britain ke PBB, Barbara Woodward memberitahu Majlis Keselamatan.

Hamas mengecam pendirian AS dalam kenyataan dan menggesa masyarakat antarabangsa “menyokong perjuangan rakyat Palestin dan hak mereka yang sah untuk menentukan nasib sendiri”.

Terdahulu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memberitahu Majlis Keselamatan, kegagalan mencapai kemajuan ke arah penyelesaian dua negara hanya akan meningkatkan ketidaktentuan dan risiko ratusan juta orang di seluruh rantau itu yang terus hidup di bawah ancaman keganasan berterusan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 165297 Replies : 3961
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5217 Replies : 71
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8530 Replies : 55
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26824 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19935 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71892 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4435 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 1.050139 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list