CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1047|Reply: 0

[Sabah] Sabah tingkat kedudukan sebagai hab pemindahan kapal

[Copy link]
Post time 24-4-2024 07:03 PM | Show all posts |Read mode


CENDERAHATI: Hajiji (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Sultan (kiri) semasa kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri yakin kerjasama strategik di antara Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) dan DP World (DPW) iaitu pengendali terminal pelabuhan global akan menjadi aspirasi kepada Sabah dalam mempromosikan Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP) sebagai hab pemindahan kapal utama di rantau ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, dalam visi jangka masa panjang, ia akan menambah baik saling hubungan  darat dan laut di seluruh Sabah.

Katanya, ia sekali gus mengurangkan kos dan masa transit selain memperbaiki prestasi standard bagi keseluruhan rantaian bekalan di negeri ini.

"Saya gembira DP World memilih Sabah untuk mengembangkan perniagaannya dan saya menjemput DP World untuk melihat bidang ekonomi lain yang berpotensi di Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DPW yang berpangkalan di Dubai Sultan Ahmed Sulayem di sini hari ini.

Sementara itu, Sultan berkata, DP World berunding untuk menjalin kerjasama perniagaan dengan SPSB.

Beliau yang berada di kedudukan ke-11 pemimpin perniagaan Arab paling berkuasa pada 2023 memuji Hajiji kerana melaksanakan projek itu.

“Sabah adalah sebuah negeri yang indah dan terletak secara strategik untuk menjadi hab logistik di wilayah ini,” katanya sambil menambah DP World memilih Sabah kerana kestabilannya yang kondusif untuk pelaburan.

Beliau juga memberi jaminan melakukan yang terbaik untuk menggunakan hubungan Fortune 500 untuk membawa perniagaan ke Sabah.

SPSB, anak syarikat milik penuh Suria Capital Holdings Berhad iaitu kerajaan negeri sebagai pemegang saham terbesar mengendalikan lapan terminal termasuk, SBCP, Terminal Minyak Teluk Sapangar, Pelabuhan Kota Kinabalu, Pelabuhan Kudat, Pelabuhan Sandakan, Pelabuhan Tawau, Pelabuhan Lahad Datu dan Pelabuhan Kunak.

Kerajaan Negeri memberi kelulusan kerjasama dengan DPW untuk operasi dan pengurusan SBCP pada 4 Januari 2023.

DP World mempunyai rangkaian lebih daripada 60 pelabuhan dan terminal dengan kapasiti untuk mengendalikan lebih 90 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) setahun dan di seluruh dunia.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.049435 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list