CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 985|Reply: 0

[Sarawak] Lawatan kerja rasmi ke UK berjaya capai okjektif

[Copy link]
Post time 24-4-2024 07:09 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke United Kingdom (UK) berjaya mencapai objektif dan membuahkan hasil.

Katanya, hasil daripada lawatan kerja tersebut akan diterjemahkan  dalam memperkasakan industri sumber tenaga boleh diperbaharui dan semikonduktor di Sarawak.

Malah, ujarnya, pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Sarawak Microelectronics (SMD) Semiconductor dengan syarikat berpangkalan dari UK, CSA Catapult merupakan antara kejayaan yang dilakar sepanjang lawatan kerja itu.

"Kedatangan kita ke sini (UK) adalah untuk menerokai teknologi baharu, contohnya di Leeds kita telah diperkenalkan mengenai teknologi terkini melibatkan tenaga boleh diperbaharui iaitu biojisim.

"Kita telah mengadakan lawatan ke Loji Janakuasa Drax yang menghasilkan tenaga biojisim dari kayu palet dan kita di Sarawak akan menerokai penggunaan teknologi tersebut," katanya menerusi laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak pada Selasa.

Abang Johari memberitahu, Drax merupakan satu-satunya loji janakuasa di dunia yang memiliki teknologi tersebut yang melibatkan tenaga boleh diperbaharui iaitu biojisim.

Turut serta semasa lawatan kerja rasmi ke UK ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar; Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan) Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel; Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili dan Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga Dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak , Abang Ahmad Abang Morni.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.736604 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list