CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 743|Reply: 0

[Sabah] https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240425/twu-ub25042024-hs-kunakp1.jpg

[Copy link]
Post time 25-4-2024 04:28 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam supaya api tidak merebak ke kawasan lain.

KUNAK: Sebuah bangunan dua tingkat musnah terbakar dalam kejadian di Tun Fuad Ladang Co-Palm, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak Mohamad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.35 malam.

Katanya, seramai enam anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah bangunan pejabat dua tingkat jenis separuh kekal musnah dalam kejadian itu.

“Pasukan bomba terus menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu pancutan air daripada sumber tangki jentera,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, kebakaran hanya membabitkan kemusnahan harta benda sahaja, tiada laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.10 malam.

“Siasatan akan dilakukan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.068721 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list