CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 730|Reply: 0

[Sabah] Penunggang motosikal maut dilanggar semasa berteduh bawah pondok tepi jalan

[Copy link]
Post time 25-4-2024 04:29 PM | Show all posts |Read mode


ROBOH: Pondok dimana mangsa berteduh semasa hujan lebat roboh selepas dilanggar kereta terbabit.

PAPAR: Seorang lelaki maut dilanggar kereta semasa sedang berteduh di bawah pondok tepi jalan di Kilometer 20 Jalan Pan Borneo di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, Kejadian jam 3.30 petang itu berlaku apabila mangsa yang menaiki motosikal sedang berteduh di pondok terbabit kerana hujan lebat.

Katanya, mangsa warga tempatan yang juga pekerja kilang berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh bahagian badan dan kaki.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku apabila seorang lelaki berumur 42 tahun memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Beaufort melalui Jalan Pan Borneo.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, keadaan cuaca hujan lebat dan kenderaan terbabit hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

“Kenderaan berkenaan kemudian terlanggar mangsa yang sedang berteduh di pondok berdepan dengan kedai runcit berhampiran jalan terbabit,” katanya semasa dihubungi di sini.

Kamaruddin berkata, impak pelanggaran menyebabkan mangsa parah di bahagian badan dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu Pegawai Perubatan, Hospital Papar yang tiba di lokasi kejadian.

“Pemandu kenderaan SUV serta penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.077559 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list