CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6145|Reply: 0

[Johor] Mangsa banjir kilat di Kota Tinggi meningkat

[Copy link]
Post time 4-5-2024 05:30 PM | Show all posts |Read mode

JKR Kota Tinggi memantau lokasi banjir di Jalan Lukut Cina yang ditutup untuk kenderaan ringan. - Foto FB JKR KOTA TINGGI

KOTA TINGGI: Mangsa banjir kilat akibat hujan berterusan di daerah ini meningkat kepada 88 orang daripada 22 keluarga pada jam 4 petang tadi, berbanding tujuh keluarga pada tengahari tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata semua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang di sini.

"Penduduk yang dipindahkan ke PPS berkenaan ialah dari Kampung Teminin Baru dan Kampung Desa Makmur.

"Menurut laporan Jabatan Ukur dan Pementaan Malaysia, lima lembangan sungai di daerah Kota Tinggi, membabitkan Sungai Johor di Rantau Panjang, Sungai Johor di Kota Tinggi, Sungai Sembilang di Kampung Sungai Sembilang, Sungai Sedili Kecil di Sedili Kecil dan Sungai Ulu Sedili Besar di Batu 52 Sedili, masih berada pada aras normal.


"Menurut pemantauan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran, dua daerah masih hujan setakat jam 2 petang membabitkan daerah Kluang dan Kota Tinggi, mendung di Johor Bahru, Pontian, Segamat, Kulai dan Mersing dan cuaca cerah di Tangkak, Batu Pahat dan Muar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, laman sosial Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi memaklumkan Jalan Lukut Cina ditutup untuk kenderaan ringan berikutan laluan itu dinaiki air.

"Jalan Lukut Cina berhampiran kolam mancing, hasil rondaan kawasan banjir dikawasan itu memdapati laluan sejauh 100 meter ditenggelami air 0.35 meter," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ta-tinggi-meningkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.890039 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list