CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6152|Reply: 0

[Selangor] Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur

[Copy link]
Post time 4-5-2024 05:34 PM | Show all posts |Read mode

Seorang lelaki cuba menggoreng telur setelah membiarkan kuali selama dua jam di bawah cahaya matahari.

PETALING JAYA – Cuaca panas yang melanda Pantai Timur ketika ini menyebabkan ada penduduk di Terengganu melakukan eksperimen menggoreng telur sehingga mengundang perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @hempedu_manis, penduduk dilihat meletakkan kuali yang berisi minyak di bawah terik cahaya matahari.

Berdasarkan rakaman, kuali itu dibiarkan di luar dan di bawah cuaca panas selama dua jam.

Sebaik sahaja telur itu dipecahkan, percikan minyak mula kedengaran dan telur berkenaan mula masak menjadi ‘telur mata’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.

“Dua jam biar di situ memang masaklah telur itu sebab besi dah panas sangat,” komen @gfety.

“Saya jemur baju, bantal kusyen pun cepat je kering. Memang panas sungguh,” komen @leesei

“Benda pernah berlaku macam ini sebab cuaca panas sangat. Jadi tak pelik pun kalau telur boleh masak,” komen @zuhairi.

Sehingga kini video tersebut mendapat 202,700 tontonan, 4,541 perkongsian dan 863 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... rimen-goreng-telur/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.048353 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list