CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6287|Reply: 0

Wan Syazmin kembali ke pangkuan Sri Pahang

[Copy link]
Post time 4-5-2024 05:38 PM | Show all posts |Read mode

SYAZMIN kembali menyarung jersi Sri Pahang secara pinjaman. FOTO Ihsan Sri Pahang FC

Kuantan: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) membuat keputusan mendapatkan kembali khidmat Wan Mohd Syazmin Wan Rozaimi selaku penjaga gol Sri Pahang FC bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang, berkata keputusan itu selepas mendapat persetujuan daripada Ahli Lembaga Pengarah SPFC dan barisan kejurulatihan yang diketuai ketua jurulatih, Fandi Ahmad.

"Memandangkan tarikh tutup pendaftaran pemain tamat semalam (3 Mei), kelab memutuskan bahawa Wan Mod Syazmin kembali menyarung jersi skuad Tok Gajah musim baharu ini selepas ketiadaan penjaga gol berpengalaman, Izham Tarmizi Roslan.

"Atas persetujuan bersama (SPFC dan KDA (Kedah Darul Aman) FC, Wan Mohd Syazmin kembali menyarung jersi Sri Pahang secara pinjaman dan keputusan itu juga kerana penjaga gol muda ini memiliki pengalaman bersama Sri Pahang sejak 2022.


"Dengan pengumuman ini, Sri Pahang mengesahkan memiliki tiga penjaga gol yang diharap membantu beroleh kejayaan membanggakan pada musim baharu ini," katanya.

Selain Wan Mohd Syamin, dua penjaga gol Tok Gajah ialah Zarif Irfan Hashimuddin dan Azfar Arif Mohd Sukri.

Pada Disember lalu, Sri Pahang mengumumkan Wan Mohd Syazmin antara 10 pemain yang tidak bersama skuad itu.

Difahamkan, Sri Pahang cuba mendapatkan beberapa penjaga gol berpengalaman termasuk bekas penjaga gol kebangsaan Singapura, Izwan Mahmud tetapi disebabkan kesuntukan masa, ia tidak menjadi kenyataan.

Rabu lalu, SPFC mengumumkan secara rasmi Izham Tarmizi yang juga bekas penjaga gol kebangsaan tidak lagi bersama skuad Tok Gajah bagi musim baharu ini.

Izham Tarmizi akan kembali ke pangkuan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas dipinjamkan selama semusim oleh skuad Harimau Selatan itu musim lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pangkuan-sri-pahang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.132298 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list