CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3171|Reply: 0

Haaland kembali mengganas ledak empat gol belasah Wolves

[Copy link]
Post time 5-5-2024 09:57 AM | Show all posts |Read mode

HAALAND luar biasa apabila meledak empat gol buat City membelasah Wolves. -FOTO Reuters

Manchester: Erling Haaland meledak empat gol ketika Manchester City mempunyai baki tiga perlawanan untuk memburu kejuaraan Liga Perdana buat kali keempat berturut-turut yang belum pernah terjadi sebelum ini apabila membelasah Wolves 5-1 di Etihad.

Kemenangan 3-0 Arsenal ke atas Bournemouth memberikan kelebihan empat mata buat Gunners.

Namun, City tidak menunjukkan tanda tekanan apabila terus mengejar merapatkan jurang kembali kepada satu mata dengan saingan berbaki tiga perlawanan berbanding Arsenal dua.

Haaland berdepan kritikan selepas tidak mempamerkan ketika musim pertamanya yang menakjubkan di Manchester, apabila dia menjaringkan 52 gol ketika City memenangi treble.


Bagaimanapun, pemain Norway itu mencatatkan rekodnya untuk musim ini dengan 36 gol dalam 41 penampilan, mempamerkan persembahan penyudah yang menakjubkan.

"Erling sudah kembali," kata pengendali City, Pep Guardiola.

"Penalti adalah jaminan tetapi gol kedua dan keempat sukar dipercayai."

Haaland dimasukkan semula ke dalam kesebelasan utama Pep Guardiola selepas turun dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol menentang Nottingham Forest hujung minggu lalu sekembalinya daripada kecederaan.

Bagaimanapun, Guardiola mengatakan kecederaan awal yang dialami pemain itu di awal musim ini sehingga menyebabkan dia terpaksa berehat selama dua bulan menjadi punca Haaland gagal mencapai tahap yang sama seperti tahun lalu.

"Dia cedera, yang penting dan dia begitu bersemangat untuk kembali ke prestasi terbaik yang anda perlukan ketika ini," tambah Guardiola.

Walaupun City secara kolektif juga tidak berada pada tahap yang sama seperti tahun lalu, mereka kekal dalam landasan yang baik untuk meraih dua gelaran iaitu Liga Perdana dan Piala FA.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -gol-belasah-wolves
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.067662 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list