CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6089|Reply: 0

Messi sumbat satu gol, umpan lima gol

[Copy link]
Post time 5-5-2024 01:02 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Inter Miami, Lionel Messi (tengah) berjaya menjaringkan gol sekalipun dicabar pemain New York, Wikelman Carmona (kanan) dan Sean Nealis pada aksi MLS di Stadium Chase, Fort Lauderdale pagi tadi. – Foto REUTERS

FORT LAUDERDALE, Amerika Syarikat: Luis Suarez melakar hatrik manakala Lionel Messi bertindak cemerlang dengan lima umpanan gol dan satu gol pada babak kedua membantu Inter Miami membelasah New York Red Bulls 6-2 pada aksi Major League Soccer (MLS) pagi tadi.

Dua gol daripada pemain gantian Matias Rojas menghidupkan babak kedua buat pendahulu Eastern Conference, Inter selepas New York mendahului 1-0 ketika rehat.

Tanpa Messi, Miami tumpas 4-0 kepada Red Bulls di New York Mac lalu, namun mereka berjaya membalas dendam kekalahan itu dengan tindakan pemusnah tanpa belas kasihan pada babak kedua.

Lima umpanan gol Messi, semuanya hadir pada babak kedua, adalah satu rekod baharu bagi perlawanan MLS dan dia kini mengumpul 10 gol dan 12 umpanan gol dalam lapan penampilan liga setakat ini musim ini.


Bermain di belakang Suarez, hantaran Messi melepasi ruang sempit, menggunakan kelebihan persefahaman bersama bekas rakan sepasukan di Barcelona yang memahami hasratnya dan ia ternyata terlalu sukar ditangani Red Bulls, yang hadir pada perlawanan itu di tangga ketiga Eastern Conference.


Penyerang Inter Miami, Luis Suarez (terduduk) meraikan jaringan bersama Lionel Messi ketika menentang New York Red Bulls pada aksi MLS di Stadium Chase di Fort Lauderdale, Florida pagi tadi. – Foto AFP

"Jelas sekali apa yang kita saksikan hari ini mengejutkan ramai peminat, kerana anda tidak lihatnya dalam bola sepak," kata Suarez mengenai lima umpanan gol Messi.

"Tetapi sebagai rakan sepasukan dan seseorang yang mengenalinya, ia tidak begitu mengejutkan saya," jelas bintang veteran Uruguay itu.

Tiga gol Suarez, 37, membolehkannya mengumpul 10 gol dalam 11 perlawanan liga buat Miami dan di sebalik tidak lagi mempunyai kepantasan, penyudah berbisanya jelas masih tidak hilang.

"Gandingan antaranya (Messi) dan Luis (Suarez) pada babak kedua berjalan lancar, seperti masa-masa lalu... Mereka terlalu berpengaruh dalam perlawanan ini," kata jurulatih Inter Miami, Gerardo Martino. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... -gol-umpan-lima-gol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.050270 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list