CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4029|Reply: 35

[Tempatan] Mata anak jadi juling akibat main gajet lebih 3 jam sehari

[Copy link]
Post time 6-5-2024 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Mata anak jadi juling akibat main gajet lebih 3 jam sehari

https://www.bharian.com.my/berit ... -lebih-3-jam-sehari

Oleh Noor Atiqah Sulaiman - Mei 6, 2024 @ 1:51pm
nooratiqah.sulaiman@bh.com.my


Rasidah bersama Nik Nur Soffea Amanda.

KUALA LUMPUR: Tidak ramai ibu bapa yang berani tampil untuk menceritakan mengenai kesan penggunaan gajet kepada anak mereka, malah apa yang lebih membimbangkan kebanyakannya enggan menerima realiti apa yang berlaku itu disebabkan oleh kesalahan mereka sendiri.

Namun bagi ibu kepada tiga cahaya mata, Rasidah Hanum Lehon, meskipun perit untuk menerima hakikat mata anaknya juling akibat penggunaan gajet, beliau harus tampil bagi memberikan kesedaran kepada ibu bapa lain.

Katanya, anak sulungnya, Nik Nur Soffea Amanda lahir sebagai seorang kanak-kanak normal, namun anak matanya semakin juling ketika berusia dua tahun.

"Ketika itu, saya bagi anak tengok telefon bimbit mengikut kehendaknya. Tidak kira waktu siang mahupun malam. Setiap kali tengok, lebih dua hingga tiga jam tanpa henti.

"Bayangkan dalam satu hari, tiga hingga empat kali Amanda melihat telefon. Bagi saya, itu sahaja cara untuk bagi Amanda senyap kerana mahu tidurkan adiknya, sama juga ketika makan di luar. Saya akan bagi Amanda telefon supaya dia senyap ketika di meja makan," katanya.

Segala-galanya berubah ketika beliau mendapati mata kanan anaknya juling ketika sedang bercakap dengannya.

"Saya ingat dia saja buat mata juling ketika bercakap dengan saya. Tetapi selepas lebih seminggu, saya lihat keadaan matanya masih sama. Saya terus pergi ke klinik kesihatan terdekat dan doktor merujuk Amanda ke hospital.

"Doktor maklumkan mata anak menjadi juling sebab rabun, tetapi pada ketika itu saya memang tidak nampak pun petanda anak itu rabun.

"Punca kepada masalah matanya kerana telefon. Matanya terlalu fokus kepada gajet sehingga menjadikannya lazy eyes.

"Sudah tentu saya tidak dapat menerima keadaan anak yang juling secara tiba-tiba, sedih sangat. Tapi saya akui semua ini silap saya," katanya.


Keratan akhbar BH Ahad semalam

Anak pakai cermin mata

Bercerita lanjut, Rasidah berkata, doktor menasihatkan anaknya untuk memakai cermin mata bagi meluruskan kembali anak matanya dan beliau sangat bersyukur keadaan mata anaknya yang kini sudah berusia sembilan tahun beransur pulih.

Rasidah berkata, beliau tidak menghentikan terus penggunaan gajet kepada anaknya kerana tahu teknologi itu masih perlu digunakan, terutama bagi menyiapkan kerja sekolah.

"Tapi penggunaannya dihadkan, tidak sama seperti sebelum ini, dia guna tidak kira masa. Mula-mula memang sangat susah tetapi saya kena kentalkan hati dan perlu banyak pujuk Amanda. Kini, dia sudah faham mengapa saya berbuat demikian," katanya.

Rasidah meminta supaya ibu bapa lain tidak memberikan anak mereka gajet dalam tempoh yang lama terutama menggunakannya ketika keadaan gelap.

Berlainan pula dengan seorang ibu yang mahu dikenali sebagai Laili, beliau memaklumkan anaknya yang berusia 10 tahun tidak mengalami sebarang perubahan fizikal, namun mendapati kelakuan anaknya menjadi lebih mudah mengamuk jika kehendaknya tidak dituruti.

"Saya berikan telefon bimbit untuk memudahkan komunikasi sekiranya ada kelas tambahan di sekolah. Tetapi, sejak dia dapat telefon bimbit, nampak dia seperti tenggelam dalam dunianya sendiri. Memang tidak nampak telefon bimbit itu lepas daripada tangannya.

"Lama kelamaan, kita nampak keputusan peperiksaan semakin merosot. Bila tanya kepada guru kelas, katanya anak saya susah untuk fokus ketika belajar. Disebabkan itu, sebagai hukuman saya nekad untuk mengambil telefon bimbitnya.

"Tapi apa yang berlaku, dia tiba-tiba mengamuk sehingga membaling barang ke arah saya. Segala apa yang saya cakap tidak diendahkan, tetapi bila kita berikan semula telefon bimbit itu, perangainya akan kembali normal," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 09:13 AM | Show all posts
Segala apa yang saya cakap tidak diendahkan, tetapi bila kita berikan semula telefon bimbit itu, perangainya akan kembali normal," katanya



dlm dunia dia sendiri mmg la dia rasa normal
ke duduk diam2, tak endahkan sekeliling tu bg dia normal?

idk i don't have kids
but my nephew pun alami benda ni jgk
lazy eyes
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecik kecik dah cacat dan mental....dah besar jadi gorilla dan biawak hidup
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 10:39 AM | Show all posts
Lazy eyes boleh buat juling ke. Baru tau.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 7-5-2024 10:39 AM
Lazy eyes boleh buat juling ke. Baru tau.

Buleh train baiki... physio session and latihan2 mata... kena katup sebelah etc
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 7-5-2024 09:13 AM
dlm dunia dia sendiri mmg la dia rasa normal
ke duduk diam2, tak endahkan sekeliling tu bg dia no ...

Terbalik sebenarnya... bila kita sita gadget budak2.. perangai mereka akan jadi aktif bersosial and appreciate sekeliling..

Parents yang tak biasa handle budak2 aktif... rasa bende tu tak normal.. padahal budak yang aktuf minda, mmg le buas sikit... sbb otak dia berjalan... tp kita kena intervene and educate supaya deme cepat develop common sense..


Easier said than done though
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2024 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia p check mata anaknya je ke.. mengamuk tak dapat phone tu tamau check ke.. wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 12:18 PM | Show all posts
Betul ke juling sbb main gadget.  Usually lazy eyes ni cause anak tu mmg rabun tapi sebab tak gi check up so lama2 brain tu akan guna mata yg lagi kuat so the other one terus tak guna muscle thus juling.  kalau nak ikut zaman dulu2 pun tak de gadget jugak, pun ada je orang yg dapat lazy eyes ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dak2 kecik xyah lah bagi pakai gajet nih. Rabun mata, tak fokus. Nak bagi boleh tapi pantau lah, jangan smpai jadi kembar gajet, tantrum bila tak dapat main. Xpun dah remaja nanti barulah bagi tuh pun dalam pantauan mak bapak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
anak aku memg bgi gajet, msa ank first x bgi sbb bnyk masa, bila dh ada anak dua memg x terkejsr lah dh suami, isteri kerja
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
rasanya lama dulu dah ada org share video budak indon jadi camtu..samada x tgk atau pun x percaya
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 7-5-2024 02:22 PM
Samerosie replied at 7-5-2024 12:18 PM
Betul ke juling sbb main gadget.  Usually lazy eyes ni cause anak tu mmg rabun tapi sebab tak gi che ...


Ada.. anak kawan i ada jadi juling and rabun sbb byk sgt main gadget... refer kat doc specialist...


So budak tu kena pakai spec utk rabun and kena undergo physio treatment beberapa bulan sampai power dia turun balik sepenuhnya... masa physio duration tu, budak tu kena limit penggunaan gadget hanya sejam sehari kot.. and ada pakai eyepad sebelah selama beberapa jam setiap hari utk latih mata yang malas tu...

Tak silap i, dalam 6 months juga treatment tu... now dah glasses-free.. masa treatment tu, selang few weeks kena tukar power glasses sbb otot mata makin kuat and power reduce drastic
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Parents la kena make effort... tak nak anak main phone ko pun sama la jgn main depan dia... main la badminto ke puzzle ke sama2
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia x pi skolah ke? Rasanya kalau da sekolah kurang da masa main hp. Weekend x bawak g jalan ke amik kelas tuition. Bnyk je wei cara nak kurg main hp. Bagi gak hp tu tp timing kena set la. Guna setting yang google family tu. Ada function auto lock hp. Aku buat kat anak Alhamdulillah dia buang hp tu bila da time dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 03:36 PM | Show all posts
tepisket.. replied at 7-5-2024 03:30 PM
Anak dia x pi skolah ke? Rasanya kalau da sekolah kurang da masa main hp. Weekend x bawak g jalan ke ...

Berlaku masa anak dia umur 2 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 7-5-2024 09:58 AM
Kecik kecik dah cacat dan mental....dah besar jadi gorilla dan biawak hidup

Dan tak de perasaan sbg insan....
Klu dgn masyarakat pun tak de common sense...
Baik bela robot je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
snowflakes replied at 7-5-2024 03:04 PM
Parents la kena make effort... tak nak anak main phone ko pun sama la jgn main depan dia... main la  ...

Ha kan.. dedulu tadak phone penuh puzzle ha rumah iols.. cartoon network dok ulam ulam sampai naik muntah iols tgk.. time tido je aman damai
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 7-5-2024 03:36 PM
Berlaku masa anak dia umur 2 tahun.

Awal nya dia bg hp kt anak dia. Dlm 2 tahun tu xde la perlu sgt main gadget. Sbb tgah baru nk blaja ckp, merangkak bjalan sume
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tepisket.. replied at 7-5-2024 06:14 PM
Awal nya dia bg hp kt anak dia. Dlm 2 tahun tu xde la perlu sgt main gadget. Sbb tgah baru nk blaj ...

Tu la.  Bagi lah interactive book ke colouring book pun ok nak bg ralit kan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian bdk ni. Patut mak dia lambak kan mainan kat anak dia. Mainan masak2 ke. Barbie ke. Bdk pompuan lgi kuat imajinasi. Sorg2 leh belakon jadi mak dan anak serentak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30629 Replies : 227
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6823 Replies : 108
แทงบอล ออนไลน์ ราคาน้ำดีที่สุด LINE:@UFADEAL ทางเข้าแทงบอล ขั้นต่ำ10บาท
ufadeal-websiteแทงบอล ออนไลน์ ราคาน้
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205752 Replies : 4936
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7475 Replies : 55
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41651 Replies : 255
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12385 Replies : 10
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3517 Replies : 10
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10828 Replies : 44
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.081960 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list