CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 560|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kes rogol babitkan budak bawah umur konsisten meningkat - Shuhaily

[Copy link]
Post time 6-5-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. - NSTP

KUALA LUMPUR: Kes rogol membabitkan kanak-kanak bawah umur meningkat secara konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Susulan peningkatan itu, beliau membangkitkan mengenai peningkatan akses kepada pornografi di media sosial sebagai antara punca.

Memberi contoh kes rogol beramai-ramai kanak-kanak berusia sembilan tahun di Kelantan pada tahun lalu, katanya polis tidak dapat meneruskan kes itu berikutan semua suspek berumur bawah 10 tahun menyebabkan mereka dikecualikan daripada tuduhan jenayah.

"Suspek semua berusia bawah 10 tahun tahun dan siasatan kami mendapati, mangsa bersetuju (melakukan hubungan seks) kerana mahu membayar balik hutang.


"Memandangkan semua yang terbabit berusia bawah 10 tahun, tiada kes difailkan kerana tiada liabiliti jenayah… Timbalan pendakwa raya dirujuk, tetapi tiada bukti dikemukakan," katanya ketika ditemui pemberita pada Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut kes itu, Mohd Shuhaily berkata siasatan mendapati mangsa bersetuju (melakukan hubungan seks) kerana mahu membayar balik hutang.

"Ia kerana dia (mangsa) tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli pemadam baru dan bersetuju melakukan seks sebagai ganti," katanya.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata, jumlah kes membabitkan mangsa bawah umur meningkat setiap tahun terutama selepas pandemik COVID-19

"...kerana ramai orang berurusan melalui media sosial dan selepas ia (COVID-19) berakhir, semuanya (kes) meningkat.

"Polis juga bimbang dengan kemudahan akses kanak-kanak kepada media sosial dan pornografi yang membawa kepada masalah sosial," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -meningkat-shuhaily
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.351110 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list