CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5051|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Rasuah RM5,000: Hakim tarik diri dengar rayuan bekas hakim

[Copy link]
Post time 7-5-2024 05:04 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang hakim mahkamah rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan akhir seorang bekas hakim mahkamah sesyen terhadap hukuman penjara sehari dan denda RM12,000 kerana menerima rasuah RM5,000 berhubung prosiding mahkamah.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang menganggotai panel tiga hakim menarik diri daripada mendengar rayuan itu kerana beliau turut terlibat dalam panel berlainan pada prosiding pelucuthakan membabitkan bekas hakim, Azmil Muntapha Abas, tahun lalu.

“Saya sahkan terlibat dalam pendengaran rayuan tersebut (rayuan berkaitan pelucuthakan). Saya telah membaca rekod rayuan kes ini (kes rasuah), namun terlepas pandang. Saya tarik diri demi keadilan semua pihak,” ujar beliau.

Sehubungan itu, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail yang turut bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan menetapkan rayuan Azmil Muntapha dan rayuan silang pendakwa raya, didengar pada 7 Ogos ini.

Pada awal prosiding hari ini, peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud memohon Hakim Ahmad Zaidi menarik diri daripada mendengar rayuan berkenaan.

Hari ini, mahkamah sepatutnya mendengar rayuan bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu itu dan rayuan silang pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Julai 2023.

Ketika itu Hakim Hasbullah Adam membenarkan rayuan Azmil Muntapha terhadap hukuman dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara sehari dan denda RM12,000. Beliau mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM25,000 manakala sabitan Mahkamah Sesyen Shah Alam, dikekalkan.

Azmil Muntapha yang pernah bertindak sebagai koroner inkues siasatan kematian pembantu politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock, turut diperintah menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... rayuan-bekas-hakim/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.319909 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list