CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6310|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengantin seksi di majlis akad nikah budaya jahiliah – Mufti

[Copy link]
Post time 8-5-2024 05:24 PM | Show all posts |Read mode

Wan Salim.

GEORGE TOWN – Trend pengantin wanita beragama Islam yang berpakaian seksi dan tidak menutup aurat ketika melangsungkan majlis akad nikah bercanggah dengan garis panduan berpakaian menurut Islam.

Sehubungan itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia merupakan suatu budaya jahiliah dan mungkar yang wajar ditinggalkan.

“Sebagaimana diketahui oleh majoriti masyarakat Islam bahawa hukum menutup aurat adalah wajib di dalam Islam.

“Aurat lelaki Muslim (wajib ditutup) ketika berada di hadapan khalayak adalah di antara pusat dan lutut, manakala Muslimah atau wanita Islam pula diwajibkan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan ketika kehadiran lelaki ajnabi atau bukan mahram,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai trend wanita Islam yang berpakaian seksi dan tidak menutup aurat ketika majlis akad nikah.

Baru-baru ini, media sosial kecoh dengan pakaian seksi yang digayakan seorang pelakon wanita popular pada majlis akad nikahnya.

Pakaian artis wanita itu yang mendapat sentuhan daripada pereka fesyen antarabangsa menerima kecaman daripada pengguna media sosial yang menyifatkannya terlalu seksi dan tidak sesuai digayakan pada majlis bersejarah itu.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, namun ketika berada dalam kalangan sesama wanita dia hanya diwajibkan menutup di antara pusat dan lututnya sahaja.

“Cuma pakaian itu disyaratkan tidak nipis sehingga menampakkan kulit dan tidak pula terlalu ketat. Pada prinsipnya wanita Islam diharuskan memakai apa jua fesyen pakaian termasuk ketika menghadiri majlis akad nikah dengan syarat-syarat seperti dinyatakan,” katanya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... aya-jahiliah-mufti/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.057302 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list