CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5128|Reply: 0

[Perak] Ahli perniagaan rugi lebih RM100,000, kerani syarikat diperdaya 'phone scam'

[Copy link]
Post time 11-5-2024 11:09 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ipoh: Seorang ahli perniagaan di Hutan Melintang mengalami kerugian RM124,450 selepas pekerjanya diperdaya sindiket phone scam membabitkan wang syarikat baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pengadu lelaki tempatan berusia 55 tahun itu memaklumkan kerani syarikat miliknya ditipu oleh sindiket phone scam terbabit yang menyamar sebagai diri pengadu dan memberi arahan untuk mengeluarkan duit syarikat.

Beliau berkata, kerani syarikat terbabit ketika sedang bekerja di Hutan Melintang menerima pesanan WhatsApp daripada nombor telefon pengadu memberikan arahan untuk membuat pindahan wang daripada akaun syarikat pengadu sendiri ke dalam akaun penama tidak dikenali berjumlah RM30,000 pada 11.50 pagi pada 8 Mei lalu,

Berikutan itu, anak pengadu meluluskan transaksi pindahan wang berkenaan kerana beranggapan pengadu yang memberikan arahan.


"Pada 9 Mei lalu, lebih kurang 1.45 tengah hari, kerani syarikat pengadu sekali lagi melakukan transaksi pindahan wang berjumlah RM8,000 ke akaun berbeza," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata, pada hari yang sama, sebanyak tiga kali transaksi pindahan wang dilakukan oleh kerani di syarikat milik pengadu yang berada di Gopeng berjumlah RM86,450 ke dalam dua akaun berbeza.

Beliau berkata, pengadu hanya menyedari nombor telefonnya digodam ketika berada di Hat Yai, Thailand semalam apabila dihubungi rakannya yang bertanyakan sama ada dirinya mempunyai masalah kewangan dan meminta untuk meminjam wang.

Menurutnya, pengadu tidak pernah memberikan sebarang arahan pindahan wang atau mahu meminjam wang daripada rakan-rakannya.

"Selepas disemak, pengadu mendapati sebanyak lima kali transaksi pindahan wang daripada akaun syarikatnya ke tiga akaun yang berbeza berjumlah RM124,450," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu) dan siasatan masih dijalankan.

Justeru, Mohd Yusri menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket terbabit dan tidak sesekali memasukkan wang ke dalam akaun tidak dikenali, selain tidak membuka sebarang pautan serta jangan memuat turun dokumen tidak diketahui di laman media sosial.

Orang ramai juga boleh menyemak akaun bank yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.semakmule/ sebelum membuat sebarang transaksi pindahan atau kemasukan wang, selain menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 sebelum memindahkan wang ke akaun pihak ketiga untuk pengesahan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iperdaya-phone-scam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.076373 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list