CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18570|Reply: 9

Dulu Sendirian, Kini Berdua – Raja Azura

[Copy link]
Post time 12-5-2024 12:53 AM | Show all posts |Read mode







SELEPAS hampir 14 tahun bergelar ibu tunggal, pengacara dan pelakon, Raja Azura kini kembali bergelar isteri orang.


Raja Azura atau nama lengkapnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 51, berkata selepas bersendirian, kini dirinya sudah mempunyai pasangan hidup.


Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.


“Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima kasih,” tulisnya dalam hantaran Instagram.


Begitupun, berita gembira yang dikongsikan semalam hanya menunjukkan paparan video sekitar majlis persandingan tanpa sebarang perincian.


Kelihatan mempelai masuk ke dewan acara menuju pelamin secara berasingan mengikut adat sambil diiringi pembawa dulang hantaran.


Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku manis mengenakan persalinan putih sedondon dengan suaminya yang berbaju Melayu.


Pelakon drama Iskandar Chempaka itu juga tidak mendedahkan nama mahupun identiti teman hidupnya yang dipercayai berusia hampir sebaya.


Menerusi ruangan komen, ramai peminat dan rakan selebriti mendoakan perkahwinan kedua bekas penyampai radio Sinar FM itu dikurniakan kebahagiaan berpanjangan.


Antaranya seperti Ella, Yana Samsudin, Janna Nick, Haiza, Mimi Fly, Rita Nadira, Ajak Shiro, Nourul Depp dan Datuk Fizz Fairuz.


Usaha HibGlam mendapatkan maklum balas Raja Azura belum berhasil apabila panggilan tidak dijawab.


Sebelum ini Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga dengan anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001.


Namun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 28 September 2010.


Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 22; Megat Luqman Hakim, 21; dan Puteri Mia Maizura,19.


Sumber – HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 12:57 AM | Show all posts
bukan ke tu majlis kawen anak dia?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu alas meja letak atas kepala ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Reputz ni kan...asal boleh je...
So, sekarang... yang betulnya yang mana satu?
Kak engku "berkata" atau "menulis"?

Kalau berkata, berkata kepada siapa tu?

Kalau menulis, ada bukti tulis di ig, tapi caption sekarang ni bukannya telus, semua content....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 10:29 AM | Show all posts
bagi iols kak engku ni lawa untuk umur 51 tahun. nampak serinya walau dah naik pelamin berkali kali
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 12-5-2024 12:57 AM
bukan ke tu majlis kawen anak dia?

Bukan ler ..tu majlis kawen anak sedara raja zarith sofia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2024 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Perils replied at 12-5-2024 10:22 AM
Tu alas meja letak atas kepala ke

kalau sarawak namanya KERINGKAM
yg ni xtahu
kenaterkam kotttt
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 08:20 AM | Show all posts
black_handbag: bagi iols kak engku ni lawa untuk umur 51 tahun. nampak serinya walau dah naik pelamin berkali kali
bila pulak kak engku ni kawen byk kali. satu je ex shuben dia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 09:24 AM | Show all posts
Bab kawen cerai ni kena terangkan elok-elok...

Nanti terjatuh fitnah. Dalam Islam pun dah gtau..tunang tayah heboh tapi nikah elok diwar-warkan ...

Si Kak Engku ni pun dok bagitau cerita sekerat jalan. Bila orang komen atau tanya tak nak respon. Dok biarkan masing-masing buat spekulasi sendiri...

Kot anaknya yang nikah tahniah lar.. kot dia yang nikah pun Alhamdulillah jugaklah... Tapi jelaskanlah betul-betul.. Tayahlah acah-acah sangat... Ngade btul!
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 09:36 AM | Show all posts
katakauu replied at 12-5-2024 11:57 AM
kalau sarawak namanya KERINGKAM
yg ni xtahu
kenaterkam kotttt

tekat kot?
pernah nampak kakak RZS promo pasal tekat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.083957 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list