CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6991|Reply: 0

[Sabah] Ketua, ahli pertubuhan haram ditahan

[Copy link]
Post time 12-5-2024 07:10 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Ketua dan ahli kumpulan haram yang ditahan dalam operasi Op Cantas berkenaan.

KOTA KINABALU: Ketua pertubuhan haram bergelar ‘Ayahanda’ bersama 14 pengikutnya ditahan menerusi Op Cantas (Gengsterisme) di kawasan gerai menjual burger di Inanam Point, Jalan Tuaran, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 10.10 malam itu, semua suspek lelaki berusia 22 hingga 49 tahun ditahan sepasukan polis Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan dibantu anggota Balai Polis Inanam.   

Ketua JSJ Sabah, Senior Asisten Komisioner Polis, Azmi Abd Rahim berkata, hasil pemeriksaan mendapati mereka mendakwa ahli Pertubuhan Amal Nusantara Bersatu Sabah (ANB).

“Semakan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mendapati logo yang digunakan oleh pertubuhan itu adalah tidak berdaftar.

“Selain itu, ada unsur-unsur kumpulan Double 7 yang diwartakan sebagai pertubuhan haram pada 2013,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.


RAMPAS: Pistol mainan dan senjata tajam turut dirampas dalam operasi itu.

Azmi berkata, operasi itu juga turut menahan seorang lelaki yang dipercayai sebagai ketua pertubuhan ANB Bersatu di Sabah dengan gelaran ‘Ayah Abu Nilam Bersatu’.

“Dalam operasi itu, sepucuk senjata api mainan menyerupai pistol C15, sebilah pisau pemotong daging beserta sarung, sebilah samurai turut dirampas.

“Selain itu, rampasan membabitkan 20 keping ‘sticker’ tertera logo kumpulan, kad ahli, 12 telefon bimbit dan empat kereta pelbagai jenis tertera sticker pertubuhan ANB dan kumpulan Double 7,” katanya.

Menurutnya, siasatan juga mendapati pertubuhan berkenaan kini mempunyai seramai 100 ahli di sekitar bandar raya ini, Kota Belud, Ranau, Semporna dan Sandakan.

“Tangkapan serta rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 1.313276 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list