CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1459|Reply: 5

[Tempatan] Mayat kru kapal lelaki warga Malaysia jatuh laut ditemui di perairan Bangladesh

[Copy link]
Post time 13-5-2024 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Mayat kru kapal jatuh laut ditemui di perairan Bangladesh

https://www.freemalaysiatoday.co ... erairan-bangladesh/

Bernama
13 May 2024, 10:15 AM


Mangsa dilaporkan terjatuh ke laut ketika memasang ‘pilot ladder’ di perairan Chittagong, Bangladesh Rabu lepas sebelum mayatnya ditemukan semalam. (Gambar Bernama)

Mayat warga Malaysia berusia 31 tahun itu masih berada di Bangladesh untk proses bedah siasat.

KUALA LUMPUR: Mayat kru kapal lelaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut ketika memasang ‘pilot ladder’ di perairan Chittagong, Bangladesh Rabu lepas, ditemukan pasukan penyelamat semalam.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) Ikmal Azam Thanaraj Abdullah ketika dihubungi Bernama, mengesahkan penemuan mangsa berusia 31 tahun itu.

Bagaimanapun, beliau berkata segala butiran lanjut mengenai insiden itu akan dikongsikan selepas pihaknya bertemu dengan keluarga mangsa hari ini.

“Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat. Saya akan bertemu dengan keluarga mangsa pada pagi ini kemudian baru saya maklumkan butiran kejadian,” katanya.

Sebelum ini, menerusi hantaran dalam aplikasi X oleh pengguna @DanialDDD memaklumkan mangsa yang juga rakan sekerjanya dipercayai telah terjatuh daripada kapal ketika berada di perairan Bangladesh pada Rabu lepas dan memohon orang ramai mendoakan urusan mencari dan menyelamat mangsa dipermudah.

Pengguna berkenaan turut berkongsi video memaparkan keadaan laut di lokasi kejadian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 03:52 PM | Show all posts
‘pilot ladder’ tu haper

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 04:14 PM | Show all posts

tangga tali macam cerita kapal lanun tu kot..

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 04:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 13-5-2024 03:52 PM
‘pilot ladder’ tu haper

Untuk kegunaan Port Pilot naik dan turun dari kapal yang berlabuh kat sesuatu port tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap kapal yg nak berlabuh atau keluar dari port kena pakai port pilot ni sbb dia lebih mahir keadaan persekitaran port...Captain kapal tak boleh...BTW port pilot pun pangkat Captain jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.777697 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list