CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5138|Reply: 0

Sudahlah tewas, bumbung stadium Manchester United pula bocor

[Copy link]
Post time 13-5-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode

AIR akibat hujan ribut memasuki Stadium Old Trafford, Manchester semalam. - Foto Getty Images

LONDON –  Satu rakaman video menunjukkan air akibat hujan lebat  mencurah masuk dari bumbung Old Trafford ketika peminat kelab bola sepak Manchester United (MU) masih berada dalam stadium itu semalam, lapor portal berita Manchester Evening News.

Beberapa peminat dilihat duduk di atas palang tempat duduk untuk mengelakkan kaki mereka basah semasa air memasuki stadium tersebut  menjelang penghujung perlawanan menentang Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris semalam.

Lebih malang ketika kejadian itu, MU kalah kepada Arsenal dengan keputusan 1-0.

Bumbung Old Trafford bocor selama 10 tahun tetapi video air hujan mencurah ke tempat duduk penonton memberi petunjuk tentang betapa usangnya stadium itu yang suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan peminat MU.

Pemegang tiket bermusim, Jason McKey, 54 dari Salford memuat naik rakaman video kejadian itu yang menyaksikan sebilangan penonton cuba mengelak  daripada terkena air hujan.

Dia menyalahkan keluarga Glazer iaitu pemilik terbesar kelab MU dan berkata: “Kemerosotan sekali lagi jelas, 18 tahun pengabaian sepenuhnya,

“Pemilik (MU) harus malu dengan semua wang yang mereka telah keluarkan daripada kelab kami. Namun, kita semua tahu mereka tidak peduli tentang kelab ini,” katanya. –  AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -united-pula-bocor/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 165297 Replies : 3961
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5217 Replies : 71
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8530 Replies : 55
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26824 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19935 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71892 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4435 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 2.484420 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list