CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6545|Reply: 1

[Tempatan] Gangguan bekalan air di Lembah Klang 5 - 7 Jun depan

[Copy link]
Post time 14-5-2024 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Gangguan bekalan air di Lembah Klang 5 - 7 Jun depan
Diterbitkan:  May 13, 2024 8:31 PM



Lapan wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air pada 5 hingga 7 Jun depan berikutan kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Air Selangor dalam satu kenyataan berkata kawasan terlibat ialah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor, dengan kerja-kerja dijalankan dari 9 pagi 5 Jun hingga 7 malam hari yang sama.

Menurutnya, pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat bermula 3 pagi 6 Jun setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap dan apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

Menurut syarikat itu, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada tengah hari 7 Jun.

"Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

"Justeru itu, Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya dalam notis yang dikeluarkan.

Bagi pelanggan komersial, Air Selangor memaklumkan bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah yang terjejas.

"Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di empat (4) stesen pengisian air yang akan dibuka di Breamer Estet (wilayah Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (wilayah Sepang), serta Taman Banting Baru (wilayah Kuala Langat).

"Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/," ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Oghe Kelate yang tinggal di Kelate tersenyum sinis. Sebelum penjilat tapak kasut DAP itu sampai, ingin saya tegaskan di sini bahawa oghe Kelate lebih rela gali perigi atau punggah air dari masjid daripada pangkah DAP!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.049742 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list