CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4242|Reply: 0

Giroud sahkan pindah ke MLS

[Copy link]
Post time 14-5-2024 11:26 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang AC Milan dari Perancis, Olivier Giroud mengumumkan dia akan meninggalkan pasukan itu hujung musim ini untuk meneruskan kariernya di Amerika Syarikat. – Foto AFP

MILAN: Penyerang Perancis, Olivier Giroud mengesahkan dia akan meninggalkan AC Milan untuk menyertai kelab Major League Soccer (MLS) apabila kontraknya berakhir pada musim panas ini.

Laporan terdahulu menyebut pemain berusia 37 tahun bekas juara Piala Dunia itu merancang untuk menyertai rakan senegaranya Hugo Lloris di Los Angeles FC.

"Dua perlawanan berikutnya adalah yang terakhir buat saya bersama Milan," katanya dalam satu wawancara diterbitkan dalam saluran rasmi AC Milan awal pagi tadi.

"Karier saya akan diteruskan dalam MLS. Saya amat bangga dengan segala-galanya yang sudah saya lakukan di sini di Milan sepanjang tiga musim. Ia masa yang sesuai untuk mengumumkannya.


"... Cerita saya bersama Milan berakhir tahun ini, tetapi Milan akan kekal selama-lamanya dalam sanubari saya."

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Perancis, Giroud sudah mengumpul 57 gol dalam 132 perlawanan. Dia membantu Les Bleus memenangi Piala Dunia 2018 mengatasi Croatia.

Giroud sudah menjaringkan 14 gol musim ini di AC Milan.

Jumlah keseluruhannya beraksi sebagai pemain profesional termasuk 285 gol dalam 716 perlawanan dengan 13 trofi ketika beraksi dengan AC Milan, Chelsea (2018-21), Arsenal (2012-18) dan negara kelahirannya Perancis. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ahkan-pindah-ke-mls
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 164564 Replies : 3953
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5116 Replies : 71
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8429 Replies : 55
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26723 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19935 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71791 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4334 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.484897 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list