CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5760|Reply: 0

Casemiro, Fernandes bakal ke Arab Saudi?

[Copy link]
Post time 15-5-2024 11:10 AM | Show all posts |Read mode

CASEMIRO (kanan) dan Fernandes dikatakan berada dalam radar kelab-kelab Arab Saudi dalam jendela perpindahan selepas ini. - AFP

MANCHESTER – Dua pemain tengah Manchester United, Casemiro dan Bruno Fernandes dikatakan berada dalam radar beberapa kelab dari Arab Saudi menjelang jendela perpindahan musim panas nanti.

Pemilik bersama United, Sir Jim Ratcliffe dipercayai mahu merombak sebahagian besar pasukan itu dengan ramai pemain utama berkemungkinan besar meninggalkan Old Trafford hujung musim nanti.

Casemiro yang ketika ini dikritik hebat susulan prestasi buruknya, antara yang bakal berhijrah dengan dan tidak mustahil menyertai Al-Nassr sekali gus bergandingan semula dengan bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Menurut laporan di England, minat yang ditunjukkan kelab-kelab di sana terhadap Fernandes lebih tinggi berbanding Casemiro meskipun peluang kapten United itu untuk meninggalkan Old Trafford agak tipis.

“Jika saya mahu bersikap jujur, segalanya tidak bergantung kepada saya. Seorang pemain itu perlu mempunyai hati untuk kekal di sini dan pada masa sama kelab juga harus menunjukkan perkara yang sama.

“Buat masa ini saya merasakan kedua-dua perkara ini. Jika saya tidak mahu terus bermain di sini, saya akan keluar selepas tamat Kejohanan Euro 2026,” kata Fernandes.

Kenyataan itu seakan menggambarkan tonggak Portugal tersebut tidak bercadang untuk meninggalkan The Red Devils berbanding Casemiro yang turut didesak oleh legenda United, Wayne Rooney agar menyertai pasukan lain musim depan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... akal-ke-arab-saudi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 163115 Replies : 3938
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 707 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19733 Replies : 79
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26566 Replies : 197
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4864 Replies : 69
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5281 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71690 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5003 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4233 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102704 Replies : 2875

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.538695 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list