CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5352|Reply: 0

[Pahang] Geng Honda Jazz memasak di stesen minyak dikesan

[Copy link]
Post time 16-5-2024 11:44 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

BENTONG – Polis sedang giat mengesan sekumpulan pemilik kenderaan yang melakukan aktiviti memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, polis telah membuka kertas siasatan selepas laporan diterima pada Selasa lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan menyebabkan kegusaran awam dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

“Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal mendapati klip video sekumpulan individu memasak di stesen minyak telah tular dalam media sosial bermula 13 Mei lalu.

“Klip video berdurasi kira-kira 50 saat memaparkan sekunpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak di kawasan stesen minyak berkenaan.

“Aktiviti tersebut dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pemilik kenderaan sehingga menimbulkan kebimbangan dan kegusaran kepada masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... sen-minyak-dikesan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.046315 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list