CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2845|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 420 kanak-kanak istimewa pecah rekod Malaysia

[Copy link]
Post time 18-5-2024 04:16 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian ibu bapa dan anak anak yang menyertai program Al Kauthar Eduqids Fun Run Olympic Carnival sempena perhimpunan sukan kanak kanak berkeperluan khas terbesar yang mendapat pengikhtirafan Malaysia Books of Records di 99 Wonderland Park. FOTO HAZREEN MOHAMAD

Kuala Lumpur: Sejarah tercipta apabila seramai 420 kanak-kanak istimewa berjaya dikumpulkan bagi menyertai karnival sukan terbesar sekaligus menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR).

Pengiktirafan itu diberikan kepada Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Al Kauthar Eduqids yang menganjurkan acara berkenaan sempena AKE Fun Run Olympic Carnival di 99 Wonderland Park, Selayang, di sini, pagi tadi.

Pengurus projek tadika berkenaan, Datin Dr Nor Fadilah Alias berkata, karnival berkenaan adalah acara tahunan dan kali ini berbeza kerana berjaya mengumpulkan kanak-kanak berkeperluan khas paling ramai dalam program berkenaan.

Menurutnya, karnival itu menonjolkan pembabitan semua pihak terutama anak istimewa bersama ibu bapa dan tenaga pengajar bagi mengembangkan pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri.


Katanya, program itu memberi pendedahan baik kepada anak istimewa sekali gus kepada masyarakat bahawa anak berkeperluan khas ini tidak sepatutnya hanya berada di rumah.

"Kita mahu masyarakat sedar anak golongan ini (istimewa) tak patut diasingkan. (Program seperti ini) membantu tingkatan sosial, fizikal dan sosial emosi kanak-kanak. Mereka perlu diraikan dan ini masa berkualiti bersama ibu bapa," katanya.

Katanya, karnival itu bertujuan memberi pengalaman baharu dan merasai keseronokan sesuai usia selain memberi peluang terutama anak istimewa merasai semangat berpasukan, nilai persahabatan dan menghargai kemahiran dalam diri.

Karnival berkenaan dirasmikan Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Datuk Putra Al-Haj Tengku Azman Shah Al-Haj.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap pengarah tadika Datuk Kapten Dr Bakhtiar Aliff Ibrahim berkata, saban tahun pihaknya komited dalam penganjuran karnival itu sekali gus berjaya memecah rekod tahun terdahulu.

Secara keseluruhan, karnival itu membabitkan penyertaan kira-kira 5,000 kanak-kanak dari seluruh Lembah Klang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ecah-rekod-malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.052970 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list