CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7308|Reply: 0

[Jenayah] Aduan hilang lanyard, gelang haji paling banyak diterima TH

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Khairoddin menceritakan mengenai lanyard yang dipakai jemaah untuk memudahkan pengenalan. - Foto NSTP/Husain Jahit





MAKKAH: Masalah kehilangan lanyard dan gelang haji menjadi aduan paling banyak diterima Bahagian Khidmat Pelanggan, Lembaga Tabung Haji (TH), yang mendapat 71 aduan, setakat 9 Mei lalu.

Pengurusnya, Mohamad Zakee Mohd Zaludin, berkata jemaah haji Malaysia diingatkan sentiasa menjaga tanda pengenalan diberikan oleh TH sepanjang masa berada di Tanah Suci bagi memastikan mereka dapat dikenali dan dibantu jika berlaku sebarang kejadian luar jangka.

"Kita menasihati semua jemaah haji kita untuk menjaga sebaik mungkin tanda pengenalan masing-masing seperti lanyard, lencana dan juga gelang haji agar tidak kehilangan, sebab di Tanah Suci itulah tanda pengenalan kita menggantikan kad pengenalan dan dokumen penting di tanah air," katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat Tabung Haji, di sini, kelmarin.

Selain kehilangan lanyard, beliau berkata, aduan diterima setakat ini hanya membabitkan hal kecil yang berkisar tentang masalah di tempat penginapan seperti kerosakan pendingin hawa dan sebagainya.
Jemaah dikehendari memakai lanyard ke mana saja mereka pergi. - Foto NSTP/Husain Jahit
Jemaah dikehendari memakai lanyard ke mana saja mereka pergi. - Foto NSTP/Husain Jahit

Namun biar apapun juga masalah diajukan oleh jemaah, Mohd Zakee memberi jaminan Bahagian Khidmat Pelanggan akan berusaha menanganinya dalam tempoh 24 hingga 72 jam bergantung pada permasalahan yang dikemukakan.

Pada masa sama, katanya, seperti musim haji sebelum ini, Pasukan Peronda TH akan bertugas 24 jam di lapan 'check point' atau lokasi khusus di sekitar Masjidil Haram bagi membantu jemaah haji Malaysia, terutama dari segi pandu arah demi memastikan keselamatan mereka.

Antara kawasan terbabit ialah dua kawasan di sekitar Marwah, sekitar pintu Assalam, Dataran Safwah, kawasan dataran laluan ke Misfalah dan berhadapan pintu King Abdullah.

Beliau berkata, kebanyakan kes jemaah tersasar membabitkan mereka yang kali pertama tiba Tanah Suci dan belum pernah menunaikan umrah sebelum ini, terutama dalam kalangan warga emas.

"Jadi sebab itu kita tempatkan Pasukan Peronda TH di lapan kawasan utama di sekitar Masjidil Haram untuk melihat dan memantau pergerakan mereka.

"Contohya bagi jemaah yang menunaikan umrah pertama, memang kita akan lihat dan pantau perjalanan mereka dari satu 'check point' ke 'check point' lain.

"Jika ada jemaah lambat pulang, kita akan maklumkan dalam kumpulan," katanya sambil memaklumkan setiap aduan dan maklumat kehilangan jemaah haji boleh diajukan di talian Hotline 012-5704433.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.044713 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list