CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8254|Reply: 1

Azzmi gembira persembahan pemainnya

[Copy link]
Post time 19-5-2024 02:54 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN JDT, Bergson Da Silva (kiri) meraikan gol dalam perlawanan menentang NSFC. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Johor Bahru: Pengendali Negeri Sembilan FC (NSFC), Azzmi Ab Aziz menghela nafas lega selepas perancangan untuk menyerap taktikal permainan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya dilaksanakan barisan pemainnya yang memaksa JDT bergelut untuk meraih kemenangan.

Beliau berkata, kekalahan 1-3 kepada skuad bimbingan Hector Bidoglio adalah keputusan yang tidak teruk tatkala mengetahui barisan pemain JDT yang sentiasa memiliki pemain yang berkualiti.

"Walaupun kami tewas tapi kami berjaya menyerap segala asakan dengan menutup ruang di posisi sayap kiri dan kanan yang menjadi 'aset' utama pasukan itu.

"Pada babak pertama walaupun kita ketinggalan 0-2 tapi berjaya merapatkan jurang gol malah hampir menyamakan jaringan sebelum tamat babak pertama.


"Tapi pemain kekal dengan pelan permainan dan tunjukkan dengan mengekalkan mentaliti yang baik dalam permainan dan sewajarnya saya beri kredit kepada setiap pemain yang bertungkus lumus beraksi malah mengikut perancangan taktikal yang dibentuk," katanya.

Azzmi menambah barisan pemain NSFC rata-rata muka baharu dan dalam proses membentuk kemantapan pasukan dan berharap akan mendapat sokongan daripada pihak pengurusan bagi memastikan konsistensi berterusan.

Ditanya mengenai corak permainan Azrin Afiq Rusmini yang tampak beraksi cemerlang apabila berjaya menyekat kelibat Oscar Arribas di posisi sayap kanan, Azzmi mengakui kagum dengan sikap keberanian pemain Bawah 23 tahun (B23) kebangsaan itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rsembahan-pemainnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 05:59 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia won the badminton thailand open 2024. proud of Malaysia. here is the video and enjoy it.

https://youtu.be/wEhnJgpXiyY
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14449 Replies : 51
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20045 Replies : 92
Newbie thread- pengalaman shopping online
BihungorengNewbie thread- pengalaman shopping onlin
Views : 11653 Replies : 25
Lawak Puasa
XimLawak Puasa
Views : 23344 Replies : 71
Dah kenapa dikkk?
cef_gangoDah kenapa dikkk?
Views : 7342 Replies : 38
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8612 Replies : 34
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6260 Replies : 35
[EMAK OH EMAK]
Laracrop[EMAK OH EMAK]
Views : 5309 Replies : 29
Roti Kaya Asam Jawa
vanilla_vellRoti Kaya Asam Jawa
Views : 15447 Replies : 66
Beza staff dan management
chaconBeza staff dan management
Views : 2557 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.054693 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list