CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9004|Reply: 0

[Perak] 4 nelayan Indonesia cedera dilanggar kapal kargo dihantar pulang

[Copy link]
Post time 19-5-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Ipoh: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menyerahkan empat nelayan warga Indonesia kepada wakil konsulat negara itu semalam, selepas bot yang dinaiki mereka dilanggar kapal kargo pada jarak 90.6 batu nautika dari barat daya Pulau Pinang, Khamis lalu.

Pengarah APMM Perak Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata empat nelayan terbabit ialah Muhamad Solihin, 53, Dady Shahputra, 39, Asri, 44 dan Jampur, 53 tahun yang berasal dari Medan, Indonesia.

Menurutnya penyerahan empat nelayan terbabit dilakukan di hadapan wakil konsulat negara itu iaitu Leftenan Komander Sumar Sadewo di Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak pada 2.10 petang semalam.

"Bagaimanapun seorang daripada nelayan terbabit iaitu Jampur yang mengalami kecederaan pada tangan, rusuk dan kaki kanan akibat terkena serpihan kaca akan dibawa pulang setelah selesai mendapat rawatan lanjut dari Hospital Seri Manjung," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata urusan penghantaran pulang kesemua nelayan terbabit akan dilakukan oleh pihak Indonesia sendiri dan wakil konsulat bersetuju menerima mangsa setelah selesai sesi pengesahan dan proses dokumentasi.

Justeru, Mohamad Shukri berkata penyerahan kesemua nelayan warga Indonesia itu mencerminkan hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan perairan kedua-dua negara terjamin.

Dalam kenyataan sama menurut Sumar, seorang lagi kru bot dikenali sebagai Abdul Malek, 56 yang sebelum ini dipercayai masih hilang telah ditemui dalam keadaan sihat dan selamat oleh nelayan tempatan di perairan Indonesia.

Dalam kejadian Khamis lepas, Pusat Operasi Maritim Negeri Perak telah menerima maklumat daripada Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi dan telah mengatur gerak aset KM MALAWALI ke lokasi pertemuan pada jarak 4.1 batu nautika dari barat pulau Jarak, Perak bagi mengambil kesemua mangsa dari kapal kargo untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, media melaporkan empat nelayan warga Indonesia yang hanyut dan berpaut pada serpihan kayu serta tong ikan diselamatkan di perairan Malaysia selepas bot mereka karam dipercayai dilanggar kapal kargo ketika hujan lebat dan angin kencang.

Mohamad Shukri berkata empat nelayan terbabit ditemui sebuah kapal kargo lain pada Khamis dan diselamatkan, sebelum diserahkan kepada pihaknya pada Jumaat lepas.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rgo-dihantar-pulang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.052521 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list