CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10924|Reply: 0

Zulfahmi puji aksi Hakim Danish di Litar Catalunya

[Copy link]
Post time 20-5-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode

Danial Syahmi Ahmad Shahril (nombor 57) dan Hakim Danish Ramli (nombor 13) di Litar Catalunya. - Foto ZK Racing

KUALA LUMPUR: Pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin memuji prestasi Hakim Danish Ramli selepas pelumba SIC Racing-MSI itu mampu melepasi sasaran diletakkan di Pusingan 3 Kejuaraan Dunia JuniorGP 2024 di Litar Catalunya, hujung minggu lalu.

Hakim Danish yang membuat penampilan sulung dalam kelas JuniorGP tahun ini, menunjukkan persaingan sengit dalam kelompok pelumba terbaik di hadapan sebelum menamatkan kedua-dua perlumbaan masing-masing di tempat ke-11 dan ketujuh.

"Hakim Danish berjaya meletakkan diri di kelompok hadapan dan bersaing bersama 10 hingga 12 pelumba terbaik.

"Pada perlumbaan pertama, Hakim Danish dapat menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 dan dia tamatkan perlumbaan seterusnya di tempat ketujuh.


"Secara keseluruhan untuk Hakim Danish, bagus kerana dia dapat bersaing di kelompok hadapan. Itu memang sasaran utama kita pada minggu ini dan sudah semestinya, kita harus mempertingkatkan sedikit sebanyak pelarasn atau prestasi motosikal," kata Zulfahmi berkenaan prestasi pelumba berusia 17 tahun itu.

Selepas tiga pusingan musim ini, Hakim Danish kini sudah mengumpul 23 mata untuk berada di tangga ke-12 keseluruhan, ketinggalan 59 mata di belakang pendahulu ketika ini dari CFMoto Aspar Junior Team, Marcos Uriarte.

Seorang lagi pelumba negara yang mewakili pasukan Asia Talent Team, Danial Syahmi Ahmad Shahril menamatkan perlumbaan masing-masing di tempat ke-18 dan ke-13.

Merumuskan prestasi Danial, Zulfahmi yang juga bekas pelumba negara di Kejuaraan Motosikal Dunia berkata, anak buahnya itu dapat melakukan sesuatu yang lebih baik di perlumbaan akan datang.

"Untuk Danial minggu ini, semasa sesi litar basah dia kompetitif tetapi di sesi litar kering tidak berapa kompetitif. Keserasian dia bersama motosikal tidak berapa bagus. Saya harapkan yang terbaik untuk Danial," kata Zulfahmi.

Dalam carta keseluruhan, Danial berada satu anak tangga di bawah Hakim Danish - di kedudukan ke-13 dengan 20 mata.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -di-litar-catalunya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.057547 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list