CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7248|Reply: 0

[Selangor] Keldai dadah warga Amerika Latin seludup kokain dalam perut

[Copy link]
Post time 20-5-2024 04:37 PM | Show all posts |Read mode

HUSSEIN menunjukkan gambaran kes rampasan kapsul yang disyaki dadah jenis kokain serta rampasan kenderaan milik suspek pada sidang media di IPK Selangor, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar

Shah Alam: Sanggup menahan kesakitan lebih 10 jam dengan menelan ketulan plastik berisi dadah jenis kokain ke dalam perut.

Itu usaha dilakukan seorang lelaki berusia 20 tahun yang juga 'keldai dadah' dalam menyeludup kira-kira 1.2 kilogram kokain melalui penerbangan dari Peru dan Dubai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek warga Amerika Latin itu bagaimanapun diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA pada Jumaat lalu.

Menurutnya, bertindak atas maklumat Polis Antarabangsa (Interpol) pihaknya menahan suspek dalam keadaan mencurigakan di Balai Ketibaan Antarabangsa kira-kira jam 8.30 pagi.


"Hasil pemeriksaan dan imbasan x-ray oleh pegawai perubatan mengesan imej mencurigakan di dalam perut suspek yang kemudiannya ditahan di Hospital Cyberjaya dengan pemantauan polis.

"Hasil pemantauan selama tiga hari, suspek mengeluarkan sejumlah 95 ketulan kapsul berwarna putih kekuningan berisi bahan disyaki dadah jenis kokain anggaran berat 1,152 gram," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi; Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari'at dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, soal siasat terhadap suspek yang bekerja sebagai mekanik mendakwa menaiki penerbangan dari Peru dan transit di Dubai sebelum menaiki penerbangan ke Malaysia.

Beliau berkata, suspek mendakwa diarah oleh kartel dadah untuk membawa bekalan berkenaan masuk ke negara ini dan menginap di sebuah hotel berhampiran KLIA sementara menunggu arahan selanjutnya.

"Siasatan masih dijalankan sama ada bekalan dadah itu untuk pasaran di negara ini atau Malaysia hanya menjadi transit sebelum suspek diarah bergerak ke negara lain oleh kartel dadah.

"Kita (polis) tidak menolak bekalan dadah itu untuk pasaran luar Malaysia memandangkan pasaran kokain di negara ini sangat rendah. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Katanya, kesemua rampasan dadah itu dianggarkan bernilai RM230,400.

Kata beliau, suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan maksimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kokain-dalam-perut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196805 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053243 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list