CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8232|Reply: 0

[Selangor] Suami isteri antara 7 ditahan edar syabu, ganja

[Copy link]
Post time 20-5-2024 04:40 PM | Show all posts |Read mode

Hussein (kanan) menunjukkan rampasan dadah jenis syabu serta ganja pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam. FOTO FAIZ ANUAR

Shah Alam: Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran syabu dan ganja di Lembah Klang menerusi penahanan tujuh individu termasuk pasangan suami isteri membabitkan rampasan bernilai lebih setengah juta ringgit.

Kejayaan itu susulan operasi dan serbuan yang dijalankan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 15 hingga 16 Mei lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan pertama pada jam 3.10 petang, 15 Mei lalu di parkir kawasan Petaling Jaya berjaya menahan tiga individu iaitu suami isteri dan anak lelaki susulan pemeriksaan yang menemui 10,380 gram dadah disyaki syabu.

"Susulan tangkapan itu membawa kepada penahanan seorang lelaki di kawasan sama dan menemui dadah disyaki syabu anggaran berat 1,038 gram di dalam bonet kereta.


"Ujian saringan air kencing mendapati keempat-empat suspek berusia 21 hingga 44 tahun itu negatif dadah, namun semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi; Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar dan Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari'at.

Bagi kes kedua, Hussein berkata, polis menahan dua lelaki di Sungai Way, Petaling Jaya, dan merampas dadah jenis ganja anggaran berat 22,051 gram yang diletakkan dalam kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dinaiki suspek.

"Semasa tangkapan dilakukan, suspek bertindak melanggar kenderaan polis dalam cubaan melarikan diri menyebabkan pasukan terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan untuk menghentikan mereka.

"Hasil soal siasat dan dipandu arah suspek, pasukan polis berjaya menahan seorang lelaki di kawasan Pantai Dalam sebelum dibawa suspek ke sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Dalam pada jam 10 malam, 16 Mei lalu.

"Pemeriksaan dilakukan menemui ganja anggaran berat 21,089 gram yang disembunyikan dalam sebuah kotak dan tong di ruang tamu rumah," katanya.

Katanya, polis turut menyita sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 dan wang tunai RM238 mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Tambahnya, semakan ke atas kesemua suspek berusia antara 23 hingga 30 tahun mendapati dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau dan positif dadah.

Kata Hussein, kesemua rampasan dadah bagi kedua-dua kes itu dianggarkan bernilai RM500,766 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-edar-syabu-ganja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196999 Replies : 4559
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.061542 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list