CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2028|Reply: 0

Tawaran Liverpool sukar ditolak - Slot

[Copy link]
Post time 21-5-2024 09:34 AM | Show all posts |Read mode

SLOT pengganti Klopp di Anfield. -FOTO Reuters

London: Arne Slot berkata peluang untuk bekerja di salah satu kelab terbesar dunia adalah "sukar untuk ditolak" selepas Liverpool mengesahkan pada Isnin bahawa jurulatih Feyenoord itu akan menjadi pengurus baharu mereka.

Slot, 45, mengesahkan Anfield adalah destinasi seterusnya pada sidang media pra perlawanan terakhirnya di kelab Eredivisie Jumaat lalu.

"Sudah tentu bukan satu keputusan untuk melupakan apa yang berlaku ketika anda bersama kelab di mana anda mengalami begitu banyak detik indah dan bekerja dengan jayanya bersama ramai orang yang hebat," katanya.

"Tetapi sebagai ahli sukan, peluang untuk menjadi ketua jurulatih dalam Liga Perdana, bersama salah satu kelab terbesar di dunia, sukar untuk ditolak."


Klopp, 56, mengumumkan pada Januari bahawa musim 2023/24 akan menjadi musim terakhirnya di Anfield, dan mengendalikan perlawanan terakhirnya pada hari Ahad, kemenangan 2-0 menentang Wolves.

Sementara itu Kapten Liverpool yang juga dari Belanda, Virgil van Dijk, memuji pendekatan menyerang Slot dan mengatakan ia sesuai dengan falsafah di Anfield.

Bercakap mengenai masa depan di bawah bos baharu itu, Van Dijk berkata: "Ini semua tentang kekal bersama dan memberinya peluang untuk menunjukkan kemampuannya dengan pemain lain yang akan datang.

"Dia mungkin sudah tahu tetapi semua orang tahu jangkaan kami sentiasa besar dan ia adalah mengenai menguruskannya dengan cara yang betul dan mendapatkan yang maksimum daripada semua pemain kami."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -sukar-ditolak-slot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049058 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list