CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4835|Reply: 0

[Perlis] Polis siasat kemungkinan mangsa kereta meletup, terbakar adalah penyeludup

[Copy link]
Post time 21-5-2024 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Polis siasat kemungkinan mangsa kereta meletup, terbakar adalah penyeludup


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Penemuan satu tangki minyak tambahan diubahsuai di bahagian but kereta Proton Iswara Aeroback yang meletup dan terbakar di sebuah stesen minyak. FOTO ihsan PDRM Perlis





Kangar: Polis sedang menyiasat sama ada lelaki yang cedera di tangan selepas tangki minyak keretanya tiba-tiba meletup dan terbakar ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Repoh di sini, pada Jumaat adalah seorang penyeludup.

Ini berikutan tular pelbagai dakwaan yang mengatakan bahawa mangsa yang berusia lingkungan 40-an itu adalah seorang penyeludup yang cuba untuk menyeludup petrol di stesen minyak berkenaan selepas penemuan tangki minyak tambahan yang diubah suai di but kereta dipercayai dipandunya.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, perkara berkenaan masih dalam siasatan polis dan tiada tangkapan dilakukan buat masa ini.

"Perkara itu masih dalam siasatan kita," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis Norazah Jaapar ketika dihubungi berkata, kejadian kebakaran yang membabitkan kereta di stesen minyak berkenaan diserahkan kepada polis siasatan lanjut.





"Bagaimanapun, kita tetap mengambil perhatian akan kejadian berkenaan di mana susulan kejadian itu, penguat kuasa KPDN Perlis sudah ke tempat kejadian dan mengarahkan pemilik stesen minyak itu mengemukakan dokumen atau maklumat barang kawalan mengikut arahan Seksyen 8 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Dalam masa yang sama juga, satu tindakan kes diambil mengikut Sub Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana didapati melanggar Sub Peraturan 13(2) peraturan yang sama iaitu peruncit gagal menyelenggara buku stok atau tidak mempunyai buku stok," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menasihatkan kepada pemegang lesen borong dan runcit barang kawalan sentiasa cakna dan mematuhi arahan pengawal, syarat lesen, menyelenggara buku stok runcit atau borong.

Pada Jumaat lalu, seorang lelaki cedera apabila tangki minyak keretanya tiba-tiba meletup dan terbakar ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Repoh, Kangar.

Dalam kejadian pada 4.10 petang itu, mangsa berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi minyak pada kereta Proton Iswara Aeroback miliknya.



Disiarkan pada: Mei 21, 2024 @ 3:36pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.045865 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list