CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7670|Reply: 5

[Tempatan] Selepas McD geng usrah berkumpul di KFC pula

[Copy link]
Post time 23-5-2024 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Selepas McD geng usrah berkumpul di KFC pula
Diterbitkan:  May 22, 2024 6:18 PM



Genap sebulan berlalu, hari ini sekumpulan aktivis berkumpul kembali dalam usaha mereka bahawa naratif memboikot jenama tertentu yang dikaitkan dengan Israel menyediakan pilihan kepada orang ramai.

Jika dulu mereka mengadakan usrah di salah sebuah cawangan restoran McDonald's, kali ini mereka menjadikan premis KFC - yang dimiliki syarikat JCorp dari Johor - sebagai 'tapak'.

Ia disertai seramai lebih 10 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk tokoh pendakwah bebas, ahli akademik, jurutera telekomunikasi, bekas ketua pegawai eksekutif institusi agama dan pakar kewangan Islam.

Usrah tersebut berlangsung selama kira-kira dua setengah jam mulai 2.30 petang di Puchong, Selangor.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Najmuddin Yusoff, berkata pelbagai isu dibangkit dan dibincangkan kali ini.



Antaranya, kata Najmuddin, berkisar pada cubaan memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa menjadi tugas semua pihak di negara ini berikhtiar melawan ekstremisme.

"Pada masa sama kami mahu mencari jalan agar langkah memboikot ini dilakukan secara sedar dan berdasarkan kepada ilmu, bukannya emosi atau dipengaruhi kepentingan tertentu," katanya kepada Malaysiakini.

Pada masa sama, kata Najmuddin, mereka juga mengakui banyak jasa yang diberikan oleh syarikat seperti JCorp termasuk membina jaringan ekonomi rakyat negara ini, khususnya bumiputera.


"Ini juga secara tidak langsung sebagai menyatakan rasa terima kasih kami kepada KFC atas pelbagai program kemasyarakatan yang dilakukan mereka," katanya.

Beri kesan pada keluarga asnaf

Pun begitu, kata Najmuddin, KFC juga tidak boleh selesa dengan respon yang diberikan pihak yang memilih untuk terus melanggan perkhidmatan rangkaian restoran berkenaan.

Katanya sama seperti restoran lain, KFC wajar meningkatkan kualiti perkhidmatan serta makanan mereka.

Kempen memboikot pelbagai jenama yang terkait dengan Israel digerakkan sejak beberapa bulan lalu ekoran serangan dan kekejaman rejim Zionis menggempur penduduk Palestin di Gaza.

Bagaimanapun kempen itu menunjukkan perkembangan berbeza apabila pihak tertentu yang menyokongnya menggunakan pendekatan di luar batasan serta mengancam keselamatan.

Misalnya ada kumpulan yang mengugut serta mengganggu pelanggan restoran berkenaan, selain menggunakan kaedah janaan digital menggambarkan pihak yang menerima McDonald's atau KFC sebagai anjing.

Usrah santai itu diadakan kali pertama pada 21 April lalu.



Pada 8 Mei lalu Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) mengeluarkan kenyataan untuk mengingatkan orang ramai agar melakukan boikot berdasarkan kepada neraca keadilan dan memikirkan pertimbangan di antara maslahah (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) secara mendalam.

Mengakui tindakan boikot boleh menunjukkan kuasa pengguna sebenar termasuk dalam menyampaikan mesej dan memberi isyarat kepada pengusaha di Malaysia, Ikim berkata masih ada persoalan yang perlu dlihat dalam konteks lebih meluas.

Najmuddin berkata semasa usrah santai diadakan hari ini mereka juga mendengar perkongsian kisah bagaimana ada pihak yang berdepan dengan cabaran getir kerana tempias kempen boikot di negara ini.



Misalnya, kata Najmuddin, kehilangan punca pendapatan apabila ada ketua keluarga kehilangan kerja.

"Ada juga melibatkan sebuah keluarga asnaf di Selangor yang kehilangan pendapatan apabila dua daripada anak mereka bekerja di KFC dan McDonald's kehilangan kerja serentak," katanya.

Mereka juga bercadang untuk terus mengadakan usrah seumpama itu di premis lain selepas ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 09:54 AM | Show all posts
banyak lagi cara nak bantu keluarga asnaf ni weiiii....banyakkan lagi peluang for local brand food and local restaurant to be berdaya saing....bukan dgn cara menggalakkan makan McD and KFC....lagi gelak la netanyahu....kan dah kata....they will boikot you now...but later they will buy triple the normal amount they use to buy....

kata ada pakar2 dalam tu...guna la brain sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 23-5-2024 09:54 AM
banyak lagi cara nak bantu keluarga asnaf ni weiiii....banyakkan lagi peluang for local brand food a ...

Hujung2 salahkan kepci.. pakar2 ni tak nah duk dalam industry... Cer ko dok kat back kitchen berlemuih minyak.. berdiri 8 jam
Baidewei iols dah try mee wantan.. tak kena tekak iols
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 11:25 AM | Show all posts
Edited by cantthinkofany at 23-5-2024 11:26 AM
fattymah replied at 23-5-2024 11:14 AM
Hujung2 salahkan kepci.. pakar2 ni tak nah duk dalam industry... Cer ko dok kat back kitchen berle ...

hahaha....mee wantan ni slim sikit dari mee biasa...orang yg konon nak diet but still nak makan...boleh la....

everything in life...when sesuatu berlaku diluar penerimaan kita....kita akan sentiasa find a scapegoat....the problem is always someone else and not me...gitewwww....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 11:47 AM | Show all posts
baru makan kepci minggu lepas.


bagus gak korang boikot ,first time beli dinner plate dapat air milo free..sblm2 ni dpt air gas ja


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 23-5-2024 11:25 AM
hahaha....mee wantan ni slim sikit dari mee biasa...orang yg konon nak diet but still nak makan...b ...

Silap cakap..mee kicap ipoh tu ha..  tapi back kata boss iols.. korunk tak p kepci terang2 bawah jcorp.. hat marrybrown tu caines punya takpa la pulak.. bencik tau melayu tikam melayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.050196 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list