CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6843|Reply: 81

“Islam Sangat Meninggikan Maruah Dan Sifat Malu” – Ustazah Asma’ Harun Kesal Lihat Orang Islam Sertai ‘Speed Dating’

  [Copy link]
Post time 23-5-2024 03:20 PM | Show all posts |Read mode






Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa kesal dengan penganjuran acara ‘speed dating’ yang sedang hangat diperkatakan di media sosial pada ketika ini.


Kata Ustazah Asma’ di TikTok miliknya, acara itu tidak mengikut ajaran yang ditetapkan agama Islam dan dia juga merasa sedih melihat ramai orang Islam menyertai program itu.





"roses ini jelas tidak mengikut landasan Islam dalam bertaaruf. Islam sangat meninggikan maruah dan sifat malu antara kedua-dua pasangan."


"Jika taaruf itu tidak berjaya sekalipun, maka kedua-dua pasangan tetap perlu menjaga rahsia dan aib."


Ujarnya lagi, meskipun ramai yang mempertahankan penganjuran acara bertemu orang tidak dikenali untuk mencari jodoh itu, namun seseorang muslim perlulah mengikut cara yang betul.


  



"Allahu Akbar, ia dikatakan sesi borak-borak, lepastu pilihlah siapa yang kita suka, namun tujuan kepada sesi itu tetap sama iaitu mencari pasangan hidup, untuk tujuan ikatan pernikahan yang suci, yang kita harap hidup selamanya bersama dia yang kita pilih sampai syurga."


"Mahukah kita hubungan yang suci tadi dimulai dengan sesuatu yang ‘borak-borak je’ sedangkan Islam menyediakan cara dan alternatif yang lebih terjaga, selamat dan terhormat untuk kedua-dua pasangan berkenalan."


Sekadar info, ‘speed dating’ itu dianjurkan secara berkala di kafe dan para peserta yang ingin mencari jodoh perlu bertemu dan berkenalan selama lima minit setiap orang.


SUMBER : TikTok/Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustazah buat la group cari jodoh
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 03:31 PM | Show all posts
Cuba setazah cite kaedah yg sesuai utk cari jodoh. byk org suka perlekehkan usaha org lain tetapi tidak pernah memberikan cadangan alternatif.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 03:38 PM | Show all posts
Edited by Samerosie at 23-5-2024 03:40 PM

Abis tu laman cari jodoh muslim macam ala2 islamic tinder ni boleh pula ye setajah.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Waktu kat sekolah dulu badar ckp dating itu haram. Org yg dating tu umpama da buat 7 dosa besar. Kena basuh berjam2, kena pulau, kena cop Dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 03:40 PM | Show all posts
i olls kenal husband kat tinder je...mana2 yg memudahkan utk golongan2 mcm i olls yg payah na nak jumpa jodoh ni sangat membantu yer...bkn semorang jalan2 terus ada org ngorat..sometime kena kenal2 jugak random people kat tempat on9 dating ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts

Dia tujukan pada perempuan lah ni kan. Sifat malu yg mcmana tu? Tunggu family match making-kan ke? Atau masa dating family temankan sekali?

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia fikir sd ni tempat orang berbogel ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu je silap speed dating ni,dia tak gunakan nama2 yg lebih islamic.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 04:26 PM | Show all posts
iols lg suka pandangan Ustaz Don berkenaan SD ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 23-5-2024 08:05 AM
Satu je silap speed dating ni,dia tak gunakan nama2 yg lebih islamic.

Bukan ada ke speed dating Islamik? Macam ada tau. Tapi tapasti lokal ka non lokal punya agensi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
What????? I rasa speed dating ni antara cara plg muslimah!! Yes idea dari barat tp straight forward & buat dkt tempat awam kot. Setaraf la dgn baitul jannah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia jeles kot zmn dia xde mcm ni. I jeles okeh kenapa 10y ago xde walaupon i dah ada bf masa tu n now dah kahwin beranak pinak dah pon
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 04:50 PM | Show all posts
"Mahukah kita hubungan yang suci tadi dimulai dengan sesuatu yang ‘borak-borak je’ sedangkan Islam menyediakan cara dan alternatif yang lebih terjaga, selamat dan terhormat untuk kedua-dua pasangan berkenalan"



semak samun ni tak explain lak apa alternatif yg lebih terjaga tu? ehh dlm islam pon galakkan perkenalan sebelum on kahwin, ada hak memilih, ada hak berkenalan.. borak2 tuh mukadimah perkenalan lah, takkan tak kenal2 org kenen2 terus kahwin. butuh laaaa semak samun ni, ko sendiri ada dating website. jodoh tu kan rezeki, kena usaha, ni part of usaha la. ko nak bubuh nama tilljanahislamicsunnahtemujodohpatuhsyariah baru bermaruah ke? kalau ada walaon yg exploit system, gunakan platform utk dick hunter / pussy hunter, apesal nak salahkan system. mmg that person yg masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 23-5-2024 03:40 PM
i olls kenal husband kat tinder je...mana2 yg memudahkan utk golongan2 mcm i olls yg payah na nak ju ...

Beraninya chuols..bape lama dh kawin ye?

Sbb situ mcm ramai yg tak serius jer kan..camana uols filter yg ok?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by A-Are at 23-5-2024 05:13 PM
pocongkiutss replied at 23-5-2024 04:51 PM
Beraninya chuols..bape lama dh kawin ye?

Sbb situ mcm ramai yg tak serius jer kan..camana uols fi ...


Dah 7tahun kahwin...x filter sangat pon..cumanya i olls guna konsep kenal borak2 kejap dalm smggu lepas tu terus jumpa..lbh 10org lelaki kot i olls date????.. time lepas date tu baru filter..sama ada i olls reject dorang & yg banyaknya i olls yg kena reject...wakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-5-2024 04:43 PM
Bukan ada ke speed dating Islamik? Macam ada tau. Tapi tapasti lokal ka non lokal punya agensi.

Ada tapi tak kena kacau,kan mcm speed dating ni kan?
sebab guna ayat2 islamik,ala2 ada cop halal
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 23-5-2024 09:23 AM
Ada tapi tak kena kacau,kan mcm speed dating ni kan?
sebab guna ayat2 islamik,ala2 ada cop halal : ...

Haha iya. Patuh syariah katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendapat masing2, tanya ustazah yang berbeza pendapatnya boleh je… yang penting jaga ikhtilat… kalau x jaga pergi majlis ilmu pun boleh buat maksiat.. kawan saya doktor berjodoh di laman online la.. Alhamdulillah.. usaha doa tawakal
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak cancel dia ni. Rimas ar tgk dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.075153 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list