CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8004|Reply: 0

[Selangor] 20 lelaki didakwa ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng TR'

[Copy link]
Post time 29-5-2024 12:03 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian daripada tertuduh kes kumpulan jenayah terancang ‘Geng TR’ yang didakwa di Mahkamah Seysen di Klang, hari ini. - NSTP/FARIS FUAD

KLANG: Seramai 20 lelaki berumur antara 26 hingga 51 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan sebagai ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng TR' sejak lima tahun lalu.

Individu terbabit ialah N Nithiyan, 39; S Logan, 32; R Parthipan, 32; M Keshava Nair; 30; A Balamurugan, 40; V S Wilbert, 46; M Ramakrishnan, 45; E Mohan, 34; M Thanasekaran, 44; dan Edward Liew, 49.

Turut didakwa ialah S Manoraj, 28; M Amaran, 30; S Hemanathan, 31; K Thana Seelan, 38; K Ravishankar, 43; Muhammad Razi Abdullah, 51; G Deeneskumar, 29; K Venaigaraj, 32; A Kogilan, 26; dan M Tineshkumar, 26.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahya.


Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
https://www.bharian.com.my/berit ... h-terancang-geng-tr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.053676 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list