CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4945|Reply: 0

[Sabah] Maritim Malaysia sita dua bot bawa petrol tanpa permit

[Copy link]
Post time 31-5-2024 06:05 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Rampasan barangan kawalan di salah sebuah bot.

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau berjaya menahan dua buah bot penumpang tempatan selepas membawa muatan tanpa permit dalam dua tangkapan berasingan di sini.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kejadian dikesan kapal peronda Maritim Malaysia yang menjalankan OP SEJAHTERA dan OP TIRIS sebelum memintas sebuah bot penumpang yang bergerak dari Jeti CIQ, Tawau menuju ke Pulau Sebatik pada pukul 10.10 malam Khamis.

“Hasil pemeriksaan terhadap bot yang ditahan di kedudukan 1.1 batu nautika timur laut Tanjung Saima itu mendapati bot dikendalikan seorang juragam lelaki warga tempatan berumur 47 tahun.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati bot berkenaan membawa muatan empat gelen minyak petrol dengan anggaran 140 liter dan dua tong gas LPG berisi tanpa sebarang permit yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, kira-kira sejam selepas penahanan bot pertama, sebuah lagi bot penumpang tempatan turut ditahan dan diperiksa oleh kapal peronda Maritim Malaysia yang sama di lokasi 1.24 batu nautika timur laut Tanjung Saima.

“Hasil pemeriksaan bot penumpang itu mendapati seorang juragan lelaki warga tempatan berumur 23 tahun juga membawa muatan lima gelen minyak petrol anggaran 175 liter tanpa sebarang permit dan melanggar syarat sah lesen bot penumpang.

“Kesemua bot bersama muatan serta kedua-dua juragan ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia.
“Kes disiasat mengikut Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967,” katanya.

Tambahnya, kesemua barangan termasuk kedua-dua bot dan muatan disita sehingga proses siasatan selesai dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM52 ribu.

Shahrizan berkata, pihaknya tidak menolak wujudnya 'runner minyak' yang menjalankan aktiviti membawa barang kawalan ini dalam kuantiti kecil namun secara berulang bagi menembusi pasaran di negara jiran.

“Situasi ini antara cabaran penguatkuasaan di kawasan persempadanan, namun kita akan terus mengekang sindiket penyeludupan ini bagi mengelakkan ketirisan barang kawalan.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

“Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 dan talian MERS 999,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.054261 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list