CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7172|Reply: 0

[Sarawak] Duka sebelum Gawai, rumah musnah terbakar di Kampung Panchor Dayak

[Copy link]
Post time 31-5-2024 06:18 PM | Show all posts |Read mode


SERIAN: Kegembiraan menyambut perayaan Gawai Dayak esok hari bertukar duka selepas sebuah rumah di Kampung Panchor Dayak di sini, musnah terbakar malam tadi.

Komander Operasi, PBK I KUP Sim Mui Chai berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dan BBP Siburan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 malam.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan rumah bersaiz 30×20 kaki persegi yang dihuni 10 individu itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Sim, pihaknya memulakan kerja-kerja memadam kebakaran dengan menggunakan teknik ‘offensive dan defensive’ yang menggunakan satu aliran air bantu mula pam angkut sumber air dari kilang sawit berhampiran.

Katanya lagi, kaedah itu juga bagi mengelakkan kebakaran merebak lebih teruk ke rumah bersebelahan yang telah terbakar kira-kira 30 peratus.

“Bagaimanapun, kesemua 10 penghuni dalam keadaan selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Kerja-kerja overhaul telah dijalan bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran dan setelah memastikan keadaan selamat, pasukan bertolak balik ke balai,” ujarnya.


SEGERA…Pasukan bomba segera melakukan pemadaman kebakaran sejurus tiba di lokasi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.062977 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list