CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7920|Reply: 0

[Sarawak] TYT dan isteri raikan keberangkatan jemaah haji Sarawak

[Copy link]
Post time 31-5-2024 06:32 PM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi bersalaman dengan salah seorang jemaah haji ketika hadir menyempurnakan Majlis Keberangkatan Jemaah Haji Sarawak di Kuching, hari ini. – Gambar Penerangan

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyempurnakan Majlis Keberangkatan Jemaah Haji Sarawak di Dewan Konvensyen Raia Hotel & Convention Centre (RHCC) di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah berkesempatan beramah mesra serta mengucapkan selamat jalan dan kembali kepada 142 orang Dhuyufurrahman Sarawak yang dijadual berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.25 pagi.

Setibanya para jemaah ini di KLIA, mereka akan digabungkan dengan jemaah daripada Pulau Pinang, seterusnya menyambung penerbangan dengan menaiki pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) pada jam 3.20 petang.

Mereka seterusnya dijangka tiba pada jam 7.10 petang, waktu Arab Saudi pada hari yang sama.

Rombongan jemaah haji itu merupakan sebahagian daripada 986 jemaah haji Sarawak yang terpilih untuk berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.


Sebahgian bakal jemaah haji yang berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini. – Gambar Penerangan

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas akan dilaksanakan oleh pihak MAS bagi musim haji 1445H/2024M bermula pada 9 Mei 2024 dengan penerbangan terakhir dijadual pada 9 Jun 2024.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha, Pengarah Wilayah Tabung Haji (TH) Sabah dan Sarawak Datuk Nurlaila Said dan Pengarah TH Sarawak Amat Kassim Pait.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.055228 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list