CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7966|Reply: 0

[Selangor] Sungai Kandis kembali pulih

[Copy link]
Post time 3-6-2024 05:06 PM | Show all posts |Read mode

JAS Selangor giat kesan pelaku cemari sungai hingga bertukar biru. - Foto NSTP/Faiz Anuar

SHAH ALAM: Sungai Kandis yang dilaporkan tercemar sehingga bertukar biru di Jalan Omboh dan Jalan Gasket di sini kelmarin, kembali pulih dengan sedikit kesan dalam longkang di kawasan perindustrian berkenaan.

Sehubungan itu, Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar, berkata pihaknya giat mengesan pelaku bertanggungjawab dalam kejadian berkenaan.

"Hari ini air biru sudah tiada, cuma ada sedikit kesan di dalam longkang di kawasan industri itu.

"Kita sedang mengesan pelaku. Setakat ini belum ada perkembangan mengenai siasatan berdasarkan maklumat diperoleh," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, pegawai JAS Selangor akan menjalankan pemantauan rutin setiap hari ini terutama di kawasan 'hot spot' termasuk di lokasi kejadian.

Semalam, tinjauan NSTP berhampiran kilang di Jalan Omboh dan Jalan Gasket mendapati air biru itu berminyak di permukaan dan berbau, selain sebahagiannya agak pekat, malah air longkang itu juga didapati tidak mengalir.

Sampel cecair biru itu dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis yang menjurus kepada ciri-ciri buangan terjadual.

Sabtu lalu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi Facebook rasminya melaporkan aliran air biru di Sungai Kandis dikesan dan pihaknya segera ke lokasi untuk menjejaki punca kepada aliran air berwarna biru itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Siasatan LUAS menemukan punca yang disyaki di kawasan perindustrian di Jalan Omboh, kesan pembuangan cat biru di tapak.

Semakan lanjut LUAS mendapati lopak air di kawasan terbabit berwarna biru dan aliran memasuki longkang berhampiran dan seterusnya mengalir ke dalam Sungai Kandis.
https://www.bharian.com.my/berit ... andis-kembali-pulih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.054988 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list