CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4650|Reply: 15

[Tempatan] Anak Hamzah Zainudin didakwa terima rasuah RM100,000

[Copy link]
Post time 5-6-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Anak Hamzah Zainudin didakwa terima rasuah RM100,000
Oleh
NOOR AZLIDA ALIMIN
05 Jun 2024 10:54am


Muhammad Faisal dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan menerima rasuah RM100,000 bagi mendapatkan tender sebuah syarikat, enam tahun lalu.



KUALA LUMPUR - Anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan menerima rasuah RM100,000 bagi mendapatkan tender sebuah syarikat, enam tahun lalu.

Perunding syarikat, Muhammad Faisal, 40, yang memakai kot berwarna hitam, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rozina Ayob.

“Saya mengaku tidak bersalah,” kata bapa kepada empat anak ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima suapan itu daripada seorang individu sebagai upah bagi Heitech Padu Berhad melantik syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan Per My Solutions sebagai konsultan pemasaran disebabkan pengaruh yang dimilikinya.


Seterusnya dua syarikat itu dibayar komisen berjumlah RM700,000 selepas Heitech Padu dianugerahkan tender 'Supply, Rental, Implementation, Training, Support and Maintenance of Security Infrastructure' bernilai RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia di sebuah pejabat di Publika Shopping Gallery, Jalan Dutamas 1, di sini pada Mac 2018 lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan, atau jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat mencadangkan, anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri ini diberi ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin.

“Ia termasuk syarat tambahan, menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di pejabat SPRM di sini dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

“Mahkamah perlu mengambil latar belakang tertuduh pada kes ini, yang mana dia merupakan seorang anak bekas menteri. Bagaimanapun, peguam, Ravinder Singh Dhalliwal merayu agar anak guamnya, diberi ikat jamin pada kadar rendah.


“Pembelaan tidak membantah syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan, namun Muhammad Faisal perlu ke negara untuk pembukaan sebuah asrama di Thailand,” katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Rozina membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan termasuk disenarai hitam ke luar negara.

Mahkamah menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Tahun lalu, Muhammad Faisal dan seorang individu didakwa atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan.

Muhammad Faisal dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan menerima rasuah RM100,000 bagi mendapatkan tender sebuah syarikat, enam tahun lalu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 04:38 PM | Show all posts
okay ke muka OKT ni? kalau tengok ditutup pakai mask, macam okay ja ni.. sedap mata memandang.. macam laaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
bored_atticus replied at 5-6-2024 04:38 PM
okay ke muka OKT ni? kalau tengok ditutup pakai mask, macam okay ja ni.. sedap mata memandang.. maca ...

Muka okt ok. Ikut muka mak kot. Sbb maknya lawalah
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau buat jahat atau baik...org mmg akan tanya ANAK SAPA NI....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang kena tangkap sorok minyak peket pun dia ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by QueenIsolde at 5-6-2024 09:57 PM
bored_atticus replied at 5-6-2024 04:38 PM
okay ke muka OKT ni? kalau tengok ditutup pakai mask, macam okay ja ni.. sedap mata memandang.. maca ...


Anak laki dia yg ni rembes sgt chuols..sblum ni penah ada isu pasal minyak masak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tu je la ank2 deme ni. Ikut acuan bapa borek…
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
bored_atticus replied at 5-6-2024 04:38 PM
okay ke muka OKT ni? kalau tengok ditutup pakai mask, macam okay ja ni.. sedap mata memandang.. maca ...

Dia mmng herlok pon.
Bak kata acik2 forum,yang herlok harus di maafkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 08:08 AM | Show all posts
sana sini sakau duit...yg kelaparan tapi kegemukan tetap rakyat Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg kena rembat duit cmpny yg dpt projek kerajaan. Jd jgn Tanya la knp sistem2 dlm kerajaan ni mcm sampah jer.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Daddy jadi pengikat jamin keww?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi aku puji jugak ler anak hamza ini tak lari dlm pemburuan macam anak si abahcow berpenjana itewww..syabas...ini baru berani kerana benar
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
QueenIsolde replied at 5-6-2024 09:56 PM
Anak laki dia yg ni rembes sgt chuols..sblum ni penah ada isu pasal minyak masak

At 40 ...anak dah 4...ko ghaser?
Rembes2 si patah kejong pun baru seketol anak...kesian dak timoh iteww..menanti adik macam tak kunjung tiba
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 09:03 AM | Show all posts
PAS diserang musuh islei

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak borek anak rintik


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 07:54 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.076620 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list