CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3837|Reply: 4

[Tempatan] Kerana bisul Putri Nur Elyna Soffiya terlantar

[Copy link]
Post time 6-6-2024 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Nerus: Kehidupan Putri Nur Elyna Soffiya Kairul Azahar, 4, yang sebelum ini kanak-kanak periang berubah apabila terlantar di rumah di Kampung Banggol Air Lilih di sini, akibat penyakit bisul yang dialaminya menyebabkan otaknya rosak.

Putri Nur Elyna kini tidak lagi mampu berjalan dan bergantung kepada susu khas yang perlu disalurkan dengan menggunakan mesin sekali gus memerlukan penjagaan setiap masa.

Ibunya, Engku Noor Wahidah Engku Anuar, 31, berkata terdapat bisul di kepala anak keenamnya itu ketika berusia dua tahun dan menyangka ia tidak serius.

Menurutnya, selepas enam bulan kemudian secara tiba-tiba Putri Nur Elyna diserang sawan menyebabkan dia dan suami, Kairul Azahar Mohamad, 32, membawa anaknya itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan

"Berikutan itu, satu pembedahan membuang nanah di lakukan dan selepas pembedahan dijalankan Nur Elyna, kembali normal namun tidak bertahan lama apabila diserang sawan kali ke dua," katanya.

Menurutnya, doktor kemudian memaklumkan Nur Elyna, mengalami kecederaan pada bahagian otak berikutan nanah dari bisul sebelum itu merebak hingga merosakkan otaknya.

Katanya, kini anaknya terpaksa menggunakan lampin pakai buang sejak setahun lalu sekali gus membabitkan perbelanjaan RM1,500 sebulan.

"Suami saya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mendapat sekitar RM1,200 sebulan dengan melakukan pelbagai pekerjaan.

"Saya pula terpaksa berhenti berniaga sate di pasar malam sejak setahun lalu berikutan perlu menjaga Nur Elyna, sepanjang masa," katanya.

Menurutnya, selain Putri Nur Elyna, dua lagi anaknya, Muhammad Adam Darwisy, 12, turut dikategori Orang Kurang Upaya (OKU) autisme, manakala Puteri Nur Eryna Aaffia, 10, OKU masalah pembelajaran.

Katanya, dengan pendapatan suami yang tidak menentu mendorong dia sekeluarga mencatu makanan dan biasanya hanya menyediakan hidangan bubur buat mereka sekeluarga.

Tambahnya, Adam Darwisy, kini menerima wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan manakala rumah sewa yang kami huni ini dibiaya oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebanyak RM6,000 setahun.

"Saya kini buntu memikirkan sumber kewangan kerana kos untuk membeli susu Putri Nur Elyna, amat tinggi selain perbelanjaan anak-anak yang lain ke sekolah dan perbelanjaan dapur," katanya.

Orang ramai yang bersimpati dan ingin membantu meringankan beban Putri Nur Elyna dan keluarganya boleh menyumbang melalui akaun Bank Islam 13062020068721 milik Engku Noor Wahidah.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila baca nampak legit. Maknanya sebelum dapat bantuan jkm dah interview keluarga dan buat semakan. Sama juga dengan bantuan majlis agama, tentu pak imam dan tok ketua tahu. Semoga dipermudahkan urusan mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Corak sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak educate golongan ni kerja dengan company yg bagi medical benefits sampai ke anak2 instead of ko tlg minta duit derma
Jujurnya aku tak paham
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.059342 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list