CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2875|Reply: 0

[Selangor] Pengasuh mengaku salah dedahkan bayi jagaan berusia 17 bulan alami kecederaan fizikal

[Copy link]
Post time 6-6-2024 03:50 PM | Show all posts |Read mode

Nor A'in ketika keluar dari Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDDIN/ KOSMO!

KAJANG – Seorang pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja mendedahkan seorang bayi perempuan berusia 17 bulan yang mungkin mengalami kecederaan fizikal.

Tertuduh Nor A’in Ismail 24, yang sedang mengandung membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan di bacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.

Mengikut pertuduhan tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan kepada sorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lima bulan didapati dengan sengaja mendedahkannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah taska di Bandar Mahkota Cheras di sini pukul 4.15 petang pada 28 Mei lalu.

Justsru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Faelly Jeffrey Lanjungan memohon mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi pendakwaan memberikan laporan penuh perubatan.

“Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu laporan perubatan penuh,” kata Faelly.

Bagaimanapun peguam Wan Guan Hui yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain tidak berisiko melarikan diri.

Selepas mendengar makluman dan permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Mazuliana membenarkan Nor A’in diikat jamin RM8,000 berserta syarat tambahan melapor diri di balai polis sekali setiap bulan dan tidak menganggu keluarga mangsa.

Tarikh 2 Julai ini ditetapkan sebutan semula kes dan laporan penuh perubatan mangsa.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, pemilik taska, Chan Pei Kuan, 34, didenda RM3,500 selepas mengaku bersalah pertuduhan menjalankan pusat jagaan kanak-kanak itu beroperasi tanpa lesen, Mei lalu.

Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz turut mengarahkan wanita itu dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didapati menjalankan taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan di bawah peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 di taska sama sama pukul 7.30 malam pada tarikh sama.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 yang boleh dihukum di bawah seksyen 6(2) akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Pada 3 Jun lalu, Kosmo! melaporkan polis menyiasat dakwaan bayi perempuan berusia 17 bulan yang didera pengasuh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Bandar Mahkota Cheras, Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan menerima laporan kes itu daripada bapa bayi berkenaan pada 7.36 malam.

Katanya, dalam laporan lelaki itu yang juga pemandu e-hailing mendakwa anaknya diperlakukan dengan kasar ketika disuap makan, dengan rambutnya ditarik serta dipicit hidung. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... kecederaan-fizikal/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.074555 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list