CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2615|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 25 sungai di Malaysia dikategori tercemar

[Copy link]
Post time 6-6-2024 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 25 daripada keseluruhan 672 sungai yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di seluruh negara diklasifikasikan sebagai Kelas Tiga dan Kelas Empat berikutan tercemar daripada pelbagai aktiviti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sungai yang tercemar itu dikesan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak dengan bacaan pengkelasan kualiti air sungai (IKA) di antara 35 hingga 58.

“Secara keseluruhan yang dipantau oleh JAS ada sebanyak 672 sungai dengan 486 sungai atau 72 peratus dikategorikan sebagai bersih, manakala 161 sungai (24 peratus) di bawah kategori sederhana dan 25 sungai atau empat peratus adalah tercemar,” katanya.

Fadillah berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Senarai sungai-sungai yang tercemar itu termasuklah Sungai Bakar Arang dan Sungai Petani di Kedah; Sungai Cempedak, Sungai Jawi, Sungai Rambai, Sungai Kluang, Sungai Pinang dan Sungai Titi Kerawang di Pulau Pinang; Sungai Buloh, Selangor dan Sungai Air Busuk, Sungai Kerayong dan Sungai Toba di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain itu, Sungai Danga, Sungai Buluh, Sungai Tukang Batu, Sungai Kempas, Sungai Segget, Sungai Pandan, Sungai Sebulung, Sungai Sengkuang dan Sungai Tampoi di Johor serta Sungai Adong, Sungai Miri, Sungai Daro dan Sungai Jemoreng di Sarawak. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... ikategori-tercemar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.057685 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list