CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8298|Reply: 0

[Dunia] Isteri upah pembunuh upahan tamatkan riwayat suami

[Copy link]
Post time 7-6-2024 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Isteri upah pembunuh upahan tamatkan riwayat suami

https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... tkan-riwayat-suami/

Oleh KOSMO!
6 Jun 2024, 8:00 pm


WANNIKA dituduh mengupah lelaki bersenjata membunuh suaminya. - Foto Pattaya Mail

BANGKOK  – Polis Thailand menangkap seorang wanita atas dakwaan mengupah seorang lelaki untuk membunuh suaminya, lapor portal berita Pattaya Mail hari ini

Suspek kini menunggu untuk dibicarakan.

Polis dari Balai Polis Thong Lang,  Bangkok membantah ikat jamin diberikan kepada wanita itu, Wannika Hamala, 37, atas alasan kes tersebut melibatkan jenayah berat.

Wannika dituduh mengupah seorang lelaki bersenjata dikenali sebagai Nattapol yang kini masih bebas untuk membunuh suaminya, Phichit Kliebjinda, lapor portal berita TNA.

Seorang lagi lelaki ikenali sebagai Saroj menyediakan pistol dan kenderaan yang digunakan untuk membunuh mangsa, manakala seorang lagi individu bernama Weerapat turut didakwa dalam kes tersebut.

Kes itu terbongkar apabila saudara perempuan Phichit berasa curiga dengan kematiannya pada 16 April lalu ketika pulang dari rumah Wannika di Wilayah Maha Sarakham.

Dia percaya terdapat perbuatan khianat dan meminta polis membuka semula siasatan kes kematian mangsa.

Ini kerana mayat mangsa kelihatan kehitaman, manakala bedah siasat mendapati dia telah diracun.

Pada 8 April lalu pula, Phichit ditembak oleh penyerang yang menunggang motosikal ketika berada di dalam vannya.

Kedua-dua kejadian itu didakwa mempunyai kaitan.

Polis dapat menyelesaikan kes itu dan menangkap isteri Phichit dan pasukan upahannya.

Pembekal senjata api dan pemandu motosikal telah mengaku diupah oleh Wannika dengan bayaran 300,000 baht (RM38,561).

Mereka mendakwa bahawa wanita itu berbuat demikian kerana didorong oleh kecurangan dan penderaan fizikal yang dilakukan  oleh suaminya. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060943 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list